Saturday, October 6, 2012

DAP MULA BERMAIN SENTIMEN PERKAUMAN SERANG SYED MOKHTAR AL-BUKHARI!!!


TINDAKAN DAP yang ‘menyerang’ Syed Mokhtar Al-Bukhari sudah bermula sejak beberapa bulan lalu apabila tokoh korporat Melayu itu dikatakan bakal mengambil alih pengurusan Pelabuhan Pulau Pinang.

Serangan tersebut berterusan kini sehingga soal hutang yang dimiliki oleh Syed Mohktar pula dipersoalkan.Ekoran itu, blog MyKMU (www.mykmu.net) mempersoalkan tindakan parti itu terutama Tony Pua yang terus mendesak kerajaan mendedahkan hutang tokoh korporat itu sedangkan tidak pula mempersoalkan hutang-hutang yang ditanggung oleh tokoh perniagaan bukan Melayu.

“Persoalannya, siapa Tony Pua untuk mempersoalkan tentang perniagaan milik persendirian? Mengapa Tony Pua mendesak akaun perniagaan Syed Mokhtar didedahkan di khalayak ramai?" katanya.

Katanya, serangan terhadap tokoh korporat Melayu itu dipercayai kerana DAP bimbang berhubung pengambilalihan Pelabuhan Pulau Pinang yang kini dikuasai oleh ahli perniagaan Cina yang banyak menyalurkan dana untuk parti berkenaan.

Tindakan DAP yang menyerang Syed Mokhtar juga tidak disenangi blog Penyokong Pas (penyokongpas.wordpress.com).Katanya, langkah DAP yang secara menggila menyerang tokoh korporat itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa bagi orang Melayu baik kalangan Pas mahupun UMNO.

Katanya, kenapa DAP hanya mempersoalkan hutang Syed Mokhtar sedangkan kenyataannya hutang terbesar di kalangan korporat di negara ini ditanggung oleh tokoh perniagaan Cina.

“DAP bantai syarikat Melayu tapi syarikat Cina dia tak bising. Melayu dapat projek DAP balun. Cina dapat projek? Senyap? Apa punya game (permainan) politik ni?“Sebab itu ana kata, DAP ini masih belum hilang anti-Melayunya.

Masih buat perangai lama. Suruh kita transform jadi parti yang terbuka tapi mereka masih lagi pegang politik zaman lama," katanya.

-Gerakan Anti PKR-

No comments:

Post a Comment

comment please.....