Wednesday, October 3, 2012

@ABBY_ABADI112 MASIH "SAYANGKAN" @DATOACMIZAL


Kisah dan cerita mengenai diri pelakon wanita, Abby Abadi masih lagi tidak senyap dari masa ke semasa.

Selepas Abby melakukan hijrah diri dengan memakai hijab dan aktif menghadiri ceramah agama, Abby pernah dicabar oleh rakan pelakonnya, Datuk AC Mizal untuk berdebat mengenai kenyataan Abby suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, isu ajak-mengajak itu senyap tidak lama selepas itu.

Abby meluahkan dia kesal dengan sikap AC Mizal yang bercakap mengenai peribadi dirinya.

Kata Abby, dia masih sayangkan AC Mizal sebagai sahabatnya kerana mereka pernah berkawan rapat.

“Bila saya dekat dengan agama macam ni dia kata saya saja-saja nak tunjuk beriman katanya, tak payahlah, agama simpan je dalam hati dia kata.

“Lepas tu kawan saya jawap, kalau macam tu ko sembahyang je dalam jamban” Ungkapan tersebut disambut dengan gelak ketawa dari penonton yang hadir,” kata Abby.

Dalam pada itu, Abby menjelaskan dia masih sayangkan dunia lakonan dan teringin untuk kembali berlakon seperti dahulu.

Malah, dia tidak mahu orang ramai melabelkan dirinya sebagai bekas pelakon kerana Abby mempunyai cita-cita untuk berdakwah melalui lakonan.

Abby juga mengakui yang ‘bekerja’ sebagai penceramah adalah bukan minatnya dan dia yakin dia tidak boleh kekal berkemampuan untuk menjadi penceramah.

“Jangan letakkan saya sebagai seorang bekas pelakon ya, kerana saya masih sayangkan dunia hiburan. Saya tak nak buat kerja apa yang saya buat sekarang ini sebab ini bukan kemampuan saya. Saya tak nak jadi penceramah dan saya tak nak jadi ahli politik sebenarnya.

“Saya masih mahu berlakon dan Insyallah dengan lakonan pun kita boleh berdakwah untuk agama Allah SWT. jadi saya mengharapkan sesuatu yang baik untuk negara, untuk industri hiburan, untuk kawan-kawan saya dan untuk semua umat islam,” katanya.


1 comment:

  1. apa pulak abby, pru13 makin dekat. patutnya show kt pentas ceramah lg lebat. skali show khabarnya rm2500 masyukkk!! jgn nak membongak!!!

    ReplyDelete

comment please.....