Friday, September 14, 2012

RUPANYA AIR MANI KHALID LAGI BERHARGA DARI AIR UNTUK RAKYAT!!


KETIKA Kerajaan Persekutaan berusaha mengelak kemungkinan berlaku krisis kekurangan bekalan air, termasuk membuat perancangan membina loji rawatan air Langat 2 (LRA2), Kerajaan Selangor pula mengenakan beberapa syarat.

Walaupun kedua-dua pihak sering berjumpa untuk berbincang tentang perkara penting itu, namun tiada kemajuan dicapai berikutan pendirian Kerajaan Selangor.

Dalam menghadapi keadaan ini, Kerajaan Persekutuan bertindak segera untuk memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan. Tawaran tender bagi membina loji rawatan air Langat 2 telah dikeluarkan dan akan ditutup pada 20 September.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu Air Selangor, mengumumkan Sabtu lepas bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan projek Langat 2 demi kesejahteraan rakyat.

Susulan kepada pengumuman itu, Kerajaan Negeri mengulangi pendiriannya untuk meminta Majlis Perbadaran Kajang (MPKj) mengambil tindakan terhadap keputusan Kerajaan Persekutuan itu.

Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan perintah pembangunan bagi pembinaan loji itu kerana berpendapat krisis air tidak akan berlaku dan isu air tanpa Hasil atau kebocoran saluran paip, perlu diatasi teriebih dahula

Bagaimanapun, satu penyelesaian bersifat menangmenang terhadap krisis air mungkin tercapaL Sumber yang rapat dengan projek Langat 2 berkata, penyelesaian boleh dicapai dengan menyerahkan operasi merawat air dan kontrak penyenggaraan kepada sebuah entiti milik Kerajaan Negeri, sama seperti dilakukan bagi loji rawatan air Sungai Labu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui membayangkan Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri

Peter Chin berharap, Kerajaan Negeri dapat melihat manfaat mengeluarkan perintah pembangunan bagi pembinaan Langat 2 kerana ia mampu menangani ramalan bahawa akan berlaku peningkatan penggunaan air oleh isi rumah dan industri di Lembah Klang.

Katanya, tender bagi projek Langat 2 dijangka dimuktamadkan pada November dan Kerajaan Persekutuan bersikap terbuka dalam mencari penyelesaian demi kesejahteraan rakyat.

Pihak berkuasa di Selangor juga menuntut agar langkah diambil untuk menyusun semula empat syarikat terlibat dengan penyelenggaraan dan operasi loji rawatan air sedia ada dan sebuah syarikat yang terlibat dengan penyaluran air, dilaksanakan teriebih dahulu, sebelum kelulusan Lariat 2 diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Memandangkan sesetengah pihak berkenaan memegang konsesi jangka panjang hingga melebihi tahun 2020, rundingan mungkin berlarutan dan sekali gus menambah kelewatan untuk mencapai penyelesaian terhadap krisis air yang diramal berlaku pada 2016.

Mereka yang menentang pembinaan Langat 2, yang dianggar melibatkan kos RM6.2 bilion, termasuk bagi pemasangan paip untuk menyalurkan air dari Pahang, mencadangkan agar air disalurkan dari Tasik Kenyir, Terengganu.

Sekiranya cadangan ini diterima, kos projek berkenaan dianggarkan boieh mencapai RM113 bilion – Bernama

No comments:

Post a Comment

comment please.....