Wednesday, September 12, 2012

NASHARUDIN MAT ISA SEDIA BERTEMU KARPAL DI MAHKAMAH

Baru sebentar tadi tengok berita di TV3 yang menyatakan kesediaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa untuk berjumpa dengan Karpal Singh di mahkamah jika benar Presiden DAP itu mahu meneruskan saman ke atasnya.

Ustaz Nasharudin juga tegas dengan keputusannya supaya PAS keluar dari Pakatan dan tidak lagi duduk semeja dengan DAP dan PKR yang ternyata berjaya memesongkan hala tuju PAS sekarang.

Karpal juga dikatakan kecewa dengan tindakan Majlis Syura baru-baru ini yang tidak membincangkan kes Ustaz Nasharudin beberapa hari lepas sehingga Nik Aziz terpaksa keluar dari mesyuarat lebih awal akibat tidak berpuas hati dengan Presiden PAS sendiri, Hadi Awang yang tidak langsung menimbulkan kes tersebut.

Bagi JB pula senang cerita yang sebenarnya Nik Aziz merajuk dengan tindakan Majlis Syura yang dilihat menyokong setiap kenyataan Ustaz Nasharudin malah turut ditunjangi oleh Presiden parti sendiri.

PAS dilihat semakin keliru dengan hala tujunya sendiri. Mereka juga telah mula sedar yang DAP adalah dalang sebenar dalam penghinaan PAS di dalam pakatan. Tidak ada apa lagi yang perlu diharapkan dari mereka kerana kesedaran setiap pemimpin tertinggi PAS khususnya yang berada dalam Majlis Syura mula mengenali siapa PKR & DAP.

1 comment:

  1. Syukur alhamdulilah..pemimpin dan umat islam dinegara ini sudah mulai menyedari niat sebenar disebalik kemahuan DAP dan PKR untok menukar sistem pemerintahan dinegara ini dengan apa cara sekali pun. Daripada tanda tanda awal yang dilihat jelas mereka mahukan negara ini menjadi sebuah negara republik dan menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu. Lagakan Melayu dengan Melayu.Bila sudah kehilangan kuasa politik dan kuasa Raja Raja sudah tidak ada, agaknya mahu kemana orang orang Melayu dan agama Islam selepas itu?

    ReplyDelete

comment please.....