Friday, September 21, 2012

HIMPUNAN BANTAH FILEM HINA NABI, MERIAH TAPI TAK RAMAI SEPERTI BERSIH!!

Walaupun tidak menghadiri perarakan membantah filem hina nabi tapi JB agak terpanggil untuk melihat sendiri gambar-gambar yang telah dipost ke dalam fb dan twitter.

Tak dinafikan memang ramai umat Islam yang berkumpul tidak kira samada di Masjid Jamek Kg. Baru ataupun dari bangunan tabung haji. Tahniah JB ucapkan kepada Pemuda UMNO dan Pemuda PAS yang bersepakat mahu menganjurkan himpunan itu.

Meriah tapi tak ramai seperti bersih yang dianjurkan pakatan. Mana penyokong-penyokong bersih pergi? Adakah ramai dari mereka telah keluar dari pakatan akibat diperbodohkan oleh pemimpin mereka?

Kita sepakat membantah penerbitan filem hina nabi itu tapi kita tidak sepakat dalam menegakkan hal-hal berkaitan Islam dan perpaduan sesama umat. KJ ada mengajak PAS meninggalkan pakatan dan bergabung dengan UMNO untuk bersatu demi agama, bangsa, dan negara. Tapi ikhlas kah ajakan itu? Fikir sendiri.

Disebelah himpunan anjuran Pemuda PAS pula kelihatan beberapa pemimpin dari PKR dan DAP yang konon menyokong himpunan tersebut bagi membantah tapi ikhlas ke turun dijalanan atau semata-mata mahu mendapat kredit politik atas ramainya penyokong PAS yang hadir? JB rasa mereka ni berlakon je kuat.

Sampai sekarang JB masih berpegang kepada kata-kata atok nenek JB yang DAP tidak pernah ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu. Semua itu hanyalah sandiwara politik untuk mendapatkan undi dari Melayu terutama dari PAS. Kalau betul DAP mementingkan penyatuan Islam dan Melayu, parti konon Islam itu tak akan berpakat dalam gabungan luar tabiee tu. Percayalah yang sebenarnya agenda DAP hanyalah memecahkan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Fikirkan.

2 comments:

  1. JB saya sependapat dengan perenggan terakhir yang sedare tuliskan pasal DAP tu. Saya tak ada dengar ceramah mana-mana untuk faham perkara ni, tetapi boleh fikirkan sendiri. Aku tak fahamlah orang yang sokong DAp tu, mereka tak berfikir ke?

    Blog sedare dah saya link dalam blog saya. Boleh linkkan blog saya dalam blog sedare.

    www.putrarahman.blogspot.com

    ReplyDelete

comment please.....