Thursday, September 20, 2012

GEMPAR!! SYABAS BAKAL SAMAN PKNS INFRA KERANA CURI AIR!!

NST bertarikh 18 September yang lalu melaporkan SYABAS akan mengheret PKNS INFRA anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor ke mahkamah tidak lama lagi kerana didakwa telah mencuri air dari paip SYABAS sejak dari Mac 2012 dengan jumlah yang dicuri mereka sebanyak RM211,300.00.

WOO!!! Tak dapat nak bagi air free kat penduduk di rumah-rumah flat, pangsapuri, terus curi air dari paip SYABAS. Tahniah Khalid atas didikan dan ajaran yang diajar selama ini untuk mencuri dan menjahanamkan aset yang dimiliki Selangor.

Dikhabarkan air yang dicuri adalah untuk pembangunan di Bukit Botak. JB percaya yang projek pembangunan ini adalah milik kroni Khalid ataupun ketuanya DAP. 

Sejak mentadbir Selangor dah bermacam-macam aset Selangor yang dijual. Tak cukup duit lagi nak buat projek bagi kroni, maka gunanya air free. Sebab dah terbiasa dengan kerja jahat dan kotor. Apa la nak jadi dengan PKR Selangor ni...

No comments:

Post a Comment

comment please.....