Wednesday, September 5, 2012

GEMPAR!! PENCEROBOH BILIK HOTEL ANWAR SUDAH DIKESAN!!

Tau tak fitnah tu hukum nya dosa besar. Lagi besar dari membunuh saudara sendiri tau. Apa Anwar ni tak belajar agama ke? Kata dulu pemimpin tersohor ABIM. Apa ustaz kat ABIM tak habis ajar Anwar ke tentang hukum hakam dalam Islam?

Sekarangkan dah kantoi sendiri, apa nak spin lagi? Si pelaku penceroboh dah mengaku sendiri yang sebenarnya dia tersilap masuk bilik hotel sebab staff hotel tersebut salah bagi kunci bilik kepada individu terbabit. 

Risikan yang dibuat oleh blogger Double Y mengesahkan yang sebenarnya Anwar cuba berlakon dan menagih simpati kepada rakyat Malaysia. Selepas kecoh tentang bas yang disimbah cat oleh puak sendiri, Anwar cuba mempopularkan cerita yang bilik hotelnya diceroboh dan terus menuduh UMNO tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Sekarang semuanya telah terbongkar. Apa lagi yang nak diwayangkan oleh Anwar and the gang? Apa lagi drama yang cuba dirancang mengikut skrip dari Yahudi dan sekutunya DAP untuk merintih simpati kepada rakyat?

Itulah permainan yang cuba dilakukan oleh puak pakatan ni. Berlakon. Drama penuh lakonan berbabak-babak yang diolah skripnya oleh 'the hidden-hand' dan cuba pula mempopularkan si penipu. Namun sayang apabila masih ada lagi rakyat Malaysia yang tertipu. Rasanya bukan tertipu cuma jika Anwar berjaya menjadi Sultan atau Presiden Malaysia, maka segala limpah kurnia harta Melayu akan jadi empunya kroninya. Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....