Thursday, September 13, 2012

GEMPAR!! DATUK CHUA TEE YONG DI UGUT BUNUH KERANA KES TALAM!!


Timbalan Menteri, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong hari ini membuat laporan polis mendakwa diugut dengan empat keping 'wang kertas orang mati' bernilai '32 bilion' bersama keratan akhbar berbahasa Cina seolah-olah akan mati jika terus membongkar penyelewengan Talam Corp.

Beliau yang juga Ketua Biro Profesional Muda MCA berkata, keratan akhbar itu berkaitan cabaran berdebat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penyelesaian hutang membabitkan Syarikat Talam Corporation Bhd. (Talam).

"Saya percaya wang kertas orang mati adalah satu cara ugutan atau amaran kepada saya supaya tidak meneruskan niat untuk berdebat dengan Menteri Besar Selangor berhubung isu Talam.

Pakatan Rakyat Selangor kini tertekan dalam isu Talam kerana banyak perkara tidak mampu dijawab oleh mereka dan memaksa Anwar Ibrahim melarikan Khalid gagap ke Bangkok untuk beristirehat.

No comments:

Post a Comment

comment please.....