Thursday, September 6, 2012

DEMOKRASI ALA PAKATAN!! PEGUAM DAP TAK NAK TOLONG PELAJAR BONTOT NI KE??

Kesian JB tengok budak Melayu yang tunjuk bontot ni. Tak ada siapa nak bela dia dan nak jadi peguam dia. Walaupun sombong kerana enggan meminta maaf namun sejuk juga kejap hati JB bila mengenangkan si ayah yang menebalkan muka meminta maaf kepada PM dan rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan bodoh yang dibuat oleh anak lelakinya.

Namun, betapa beruntungnya si China-Doll DAP ni. Pergi Balai Polis serah diri diiringi oleh Peguamnya dari DAP dan pemimpin DAP. Inilah kesamarataan yang mereka harapkan rasanya. Si Melayu dibiarkan terkontang-kanting tanpa pembelaan dan kurang pendedahan media dari pakatan, manakala Si Cina pula terus menerus mendapat pembelaan bukan sahaja dari keluarga malah dari pimpinan DAP yang begitu menjaga model sambilan ini.

Untungkan duduk kat Malaysia yang penuh demokrasi? 

Di dalam pakatan sendiri kaum Cina sudah mencapai matlamatnya untuk menjadi bangsa kelas pertama di Malaysia dan Melayu atau India menjadi kelas tahap tapak kaki mereka memandangkan mereka memang hanya sebagai pencacai.

Baru digari sikit dah kecoh kat blog pakatan konon Polis zalim teramat sangat sebabkan baru pijak gambar PM dah kena gari. Itulah pakatan yang suka membuat provokasi murahan terhadap PDRM. Tapi tak apa, Menteri KDN sendiri pun boleh bersabar takkan anggota polis tak boleh bersabar dengan provokasi murahan tu.

Fikirkanlah dengan otak. Buka mata, buka hati. DAP bersama bangsa chauvanist nya telah berjaya meletakkan diri mereka dalam bangsa kelas pertama dalam pakatan. Cuba kita bayangkan jika mereka betul-betul berjaya merampas Malaysia. Kelas apakah yang Melayu terima? Kelas dua? Kelas tiga? Atau tiada kelas seperti berlaku di Singapura? Renungkan.

1 comment:

  1. Khabarnya PM akan berjumpa keluarga Ammar..kena lah berlaku adil..jangan juga lupa jemput sama keluarga 'amoi model' dari Johor ini datang kePutrajaya ramai ramai..boleh lah bermaaf maafan sempena hari yang mulia ini...orang orang yang berbuat onar, biadap dan kurang ajar dimalam ambang kemerdekaan tu mungkin nak juga ikut sama.

    ReplyDelete

comment please.....