Thursday, September 6, 2012

DEDAH RANCANGAN BESAR ANWAR DAN DAP DALAM MENJAYAKAN REPUBLIC OF MALAYSIA


Setelah kantoi ingin menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera yang seakan-akan Indonesia, Singapura dan komunis, Pakatan Rakyat kini terkebil-kebil cuba mencari alasan yang masuk akal untuk menjelaskan isu ini.

Mulanya mereka pantas menafikan yang mereka punya rancangan untuk menukar bendera Malaysia tetapi di masa yang sama, mereka langsung tidak mengecam tindakan membawa bendera yang lain dari bendera Malaysia ke sambutan Hari Merdeka.  Malah, Anwar sendiri bertindak membela tindakan tersebut sebagai tiada salahnya kerana ia adalah bendera Sang Saka Malaya.

Bagi seorang pemimpin yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri untuk mengtidak-apakan perbuatan mengibar bendera lain selain bendera Malaysia di Hari sambutan Hari Kemerdekaan Negara adalah pelik sekali.  Hari Kemerdekaan adalah hari keramat di mana Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat secara rasminya.  

Apa lagi yang boleh menjadi simbol utama kedaulatan itu selain dari bendera negara?   Jika bendera negara sudah diketepikan dan terdapat pula risalah menolaknya diedarkan, bagaimana ia masih dianggap tidak apa oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin PR? - SUMBER

No comments:

Post a Comment

comment please.....