Wednesday, September 5, 2012

DATUK KUSHRIN TERUS JADI KAMBING HITAM PAKATAN!!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus bersikap dolak dalih terhadap isu jemputan Sultan negeri itu pada Majlis Sambutan Kemerdekaan peringkat negeri Selangor pada malam ambang merdeka yang dianjurkan oleh pihak kerajaan pembangkang.

Menurutnya, isu tersebut akan dijelaskan dengan lebih terperinci pada mesyuarat Exco kerajaan negeri esok.

Malah, beliau turut dilihat menuding jari terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang dijadikan seolah-olah kambing hitam.

"Isu mengenai itu adalah di bawah satu jawatankuasa task force. Jadi, esok dalam Exco kita akan membincangkan perkara tersebut.

"Saya percaya jawatankuasa yang diketuai oleh Datuk Setiausaha kerajaan negeri mempunyai jawapan-jawapan dan pandangan mereka tentang perkara itu.

"Jadi saya perlu memberi mereka peluang untuk menerangkan apa yang berlaku dan apa yang patut dilakukan," kata beliau selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih yang dianjurkan oleh PKNS.

Selain daripada itu Khalid berkata, perkara tersebut tidak berbangkit lantaran satu jawatankuasa telah ditubuhkan sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor.

Malah katanya, pihak yang bertanggungjawab akan menguruskan majlis yang melibatkan Sultan seawal sebulan aau dua bulan diadakan.

"Program-program ini memang dibuat dua bulan lebih awal, Seperti program Sultan di Masjid, dibuatsebulan lebih awal. Aktiviti negeri dirangka sekurangnya satu bulan sebelum berlaku. bukannya di buat secara tergesa-gesa,

"Ia teratur termasuk wakil protokol yang kita ada dalam pentadbiran selangor ialah pegawai-pegawai protokol yang mengingatkan kita bagaimana program seperti itu mesti dilakukan," ujarnya.-AntaraPos

1 comment:

  1. Kau biar biar betul khalid apa kena mengena anwar juburi tu kau jemput menggantikan sultan, mana kau belajar ni khalid gagap

    ReplyDelete

comment please.....