Sunday, July 8, 2012

SIAPAKAH TROJAN-HORSE DISEBELAH NAJIB YANG AKAN BUAT PM TERSUNGKUR??


SIAPA sebenarnya yang menjadi konduktor untuk mengokestrakan isu terutamanya yang membabitkan Perdana Menteri Najib dan isteri beliau Rosmah Mansor hingga sehingga ke hari ini Najib dan isterinya dijadikan sasaran serangan bertubi-tubi daripada pihak pembangkang.

Serangan terhadap Najib,keluarganya serta kepimpinan beliau dilihat begitu tersusun rapi dan sebagai contoh isu lama seperti Scorpene,kematian Alatantunya dan mengaitkan kononnya Rosmah sebagai Perdana Menteri terus dicanangkan.

Pemerhati politik tempatan melihat bahawa ada konduktor sebenarnya yang menjadi perancang kepada segalanya ini malah bukan sahaja isu Scorpene yang sedang hangat diputarbelitkan oleh pembangkang,kebocoran maklumat juga menjadi begitu tidak terkawal sejak akhir-akhir ini malah terbaru pemerhati politik dan rakyat mula berteka teki bagaimana Minit Mesyuarat Pelaksanaan projek MRT boleh jatuh ke tangan pembangkang.

Berbagai-bagai tekanan sedang diberikan terhadap Najib dan kepimpinannya. Berbagai-bagai serangan peribadi sedang dihalakan kepada beliau seolah-olah mahu Najib mengaku kalah.

No comments:

Post a Comment

comment please.....