Saturday, July 7, 2012

PKR Makin Bercelaru Menjelang PRU 13. @anwaribrahim Gelisah Tak Dapat Jadi PM!!



Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu tektik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.

Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.

Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.

Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama.  

Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.

Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.

Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.

Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.

Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'.

Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama 'calon dalam pertimbangan'.

Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.

Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.

Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.

Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.

Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya - guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment

comment please.....