Saturday, July 14, 2012

PANAS!! STATUS TANAH DI SELANGOR BERUBAH KERANA TANGAN GHAIB DAP!!!


Kerajaan negeri Selangor perlu memberi penjelasan status tanah di satu kawasan di Putra Perdana, Puchong yang didakwa akan dibangunkan sebagai kawasan perindustrian walaupun pelan asalnya adalah untuk pembinaan kompleks pendidikan.

Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ada kawasan di tanah tersebut penting untuk tujuan pembinaan sekolah rendah dan sekolah agama bagi penduduk kawasan Putra Perdana.

"Pelan asal pembangunan ini telah diubah baru-baru ini dan kami mahukan penjelasan berhubung perkara ini.

"Pelan asal adalah membina kompleks pendidikan berdekatan tanah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tanah tersebut hari ini.

Beliau difahamkan, kerajaan Selangor juga telah membeli empat plot tanah tersebut dari sebuah syarikat dengan harga RM87.7 juta walaupun 80 peratus tanah adalah di bawah air.

Mohd Zin turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri membazirkan wang sehingga terlebih bayar sebanyak RM57 juta dari harga asal dan pada pendapatnya, kesemua wang tersebut boleh digunakan untuk membina 2,500 unit rumah mesra rakyat golongan miskin dan memerlukan.

"Apakah motif sebenar pembelian tanah dari syarikat tersebut sehingga dinilaikan begitu tinggi untuk sebuah tasik yang perlu ditimbus sekiranya ingin dimajukan?" katanya.

Sementara itu Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Taman Putra Perdana Rushdan Mohamed berkata terdapat aduan kepadatan murid sekolah sehingga melebihi kuota yang ditetapkan dan masalah ini boleh diatasi jika pembinaan kompleks pendidikan diteruskan.

"Kami akan buat laporan polis dan bawa perkara ini untuk perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya. - Bernama

1 comment:

  1. Tanah kat Putra Perdana tu bukan under projek Talam Corp ker...hebat Selangor skrg nie..tanah bawah air pun value tinggi melambung...

    ReplyDelete

comment please.....