Thursday, July 12, 2012

NIK AZIZ SOKONG CERAI WARGA EMAS JIKA TIDAK SOKONG PAS!! SYURGA SUAMI DI DALAM PAS!!

Angkara politik kutuk PAS, maka ada pasangan yang bercerai akibat tidak sama pendapat. Bukan sekali ini sahaja yang JB baca dan dengar tentang penceraian bersebabkan berlainan fahaman politik. Dan sudah merah telinga juga hingga muak nak dengar tentang jika suami penganut PAS, maka isteri harus menurut perintah untuk turut menganut PAS walaupun dulunya adalah orang tidak berparti.

Ini kenyataan, Nik Aziz tak boleh nak sangkal berkaitan perkara ini. Dalam temuramah yang dibuat oleh Sinar Harian, Nik Aziz langsung tidak menjawab soalan berkenaan kes penceraian yang terjadi di negerinya Kelantan. Malah disalahkannya juga Kerajaan Persekutuan. Sikap berpuak dan taksub dengan parti PAS membuatkan ada segelintir suami yang begitu mengongkong si isteri untuk bergerak kemana sahaja. Sehinggakan terdatang ceramah Hasan Ali sahaja sudah kena cerai talak satu. Kesian pasangan warga emas ini.



MACHANG -  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa  dengan laporan suami isteri warga emas di Pasir Mas bercerai selepas 15 tahun bersama akibat perbezaan fahaman politik. 
Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, dalam keadaan sekarang, politik bukan sahaja berlaku dalam konflik keluarga malah perkara yang sama berlaku dalam institusi kerajaan.

"Ini mengecewakan saya, isu ini sama dengan Kelantan didiskrimasikan  oleh  Kerajaan Pusat sebab politik. Kenapa ada JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan kalau bukan sebab politik. Ini bahaya.

"Kenapa politik dijadikan batas atau penghalang. Perkara ini mendukacitakan," katanya kepada pemberita  ketika diminta  mengulas perceraian seorang guru agama dan suaminya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian projek pembangunan tanah, anak muda Kelantan di kampung Selimbar, Ulu Sat, di sini, hari ini.-SinarHarian

2 comments:

  1. dah betul lah tu dan dah agak dah. BN juga yang salah. bunyi seolah olah PAS ni perfect atau hipokrit tak tau lak. aku yakin pencacai pencacainya akan tetap sokong.

    ReplyDelete
  2. asyik menyalahkan org kiri kanan belakang depan atas dan bawah dlm segala hal tak elok yg berlaku kpd diri sendiri, maka tunggulah saat kehancuran KAU WAHAI ORG2 PAS

    ReplyDelete

comment please.....