Tuesday, July 10, 2012

HOUSE OF PK , EH! HOUSE BAR TELAH DIRASMIKAN OLEH AZIZAN RAZAK DENGAN BANGGANYA!!


Pusat hiburan, termasuk disko dikatakan bercambah bukan sahaja di bandar tetapi juga boleh didapati di pinggir bandar dan pekan-pekan seluruh Kedah. Gejala ini dikatakan berleluasa sejak kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak mengambil alih pada tahun 2008.

Apa yang dikesali, golongan remaja dan pelajar Melayu juga seringkali dilihat di tempat-tempat berkenaan. Tiada larangan bagi masyarakat beragama Islam untuk mengunjunginya dan tidak ada pemantauan daripada kerajaan negeri.

Inikah negeri didikan PAS yang kononnya mendaulatkan Islam di Kedah? Mana janji-janji manifesto Pakatan Haram yang dibuat sebelum berjaya merampas Kedah??

No comments:

Post a Comment

comment please.....