Wednesday, July 4, 2012

AYUB HUDUD BUKAN NAK JADI POPULAR!! #SHSEL


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat tidak berniat meraih publisiti dengan mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor, sebaliknya beliau hanya mahu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenainya.

Katanya, bagaimanapun, beliau enggan membincangkan perkara itu secara terbuka kerana bimbang akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat kerana ia berkaitan dengan soal akidah dan kepercayaan umat Islam.

“Saya bimbang perkara ini akan disalah tafsir kerana ia memerlukan pemahaman yang jelas dan mendalam. Saya sendiri tidak arif mengenainya dan perlu mendalaminya dengan lebih luas.

“Perkara ini perlu dibincangkan pakar yang benar-benar mahir dalam perundangan Islam khususnya bagi hukum hudud,” katanya.

Ayub juga sebelum ini telah beberapa kali membangkitkan isu ini termasuk membahaskannya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor yang berlangsung akhir tahun lalu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ketika ditemui wartawan Sinar Harian, enggan mengulas isu ini.-SH

No comments:

Post a Comment

comment please.....