Sunday, July 15, 2012

AMUKAN DAHSYAT RAKYAT MALAYSIA DI ESPLANADE KLCC!!

Sekarang ini belia seluruh tanah air telah membanjiri perkarangan Esplanade, KLCC untuk bersama-sama semua peringkat masyarakat dalam satu majlis yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, DS Najib. 1 Malaysia for Youth (im4u) telah berlangsung sejak dari semalam dan acara kemuncak adalah pada petang ini jam 5 petang dengan dirasmikan oleh PM sendiri.

Pagi tadi PM telah datang untuk melawat tapak-tapak pameran dan beramah mesra dengan para belia yang hadir dari seluruh pelusuk negeri. Sambutan yang sungguh diluar jangkaan dengan kehadiran ribuan belia.

Kepada sesiapa yang masih dirumah dan belum berada di KLCC, JB jemput kerana PM akan rasmikan majlis ini pada petang ini. Sama-sama kita berkumpul bersatu hati menyokong kepimpinan PM terhadap belia Malaysia.

2 comments:

  1. Harap belia kita dpt buat penilayN yg trbaek...sokonglh umno krana ianye prti kekuatan bgsa melayu.....kte wjib prtahankn kdaulatan raja kte...

    ReplyDelete
  2. Klo mlm ni ada lg x?sy blik kje pko 7 :(

    ReplyDelete

comment please.....