Wednesday, June 27, 2012

ZAHID HAMIDI TAK AKAN LAYAN ORANG GILA ALI TINJU!!

Fitnah pembangkang terus berleluasa dengan sikap berdiam diri pemimpin Barisan Nasional yang acap kali dihentam hebat dengan pelbagai tuduhan yang langsung tiada asasnya. Oleh kerana DS Zahid Hamidi ni dilihat baik dan warak dari segi perwatakannya, maka pencacai pakatan haram terus-terusan menghamburkan kata-kata fitnah terhadap beliau.

Sebelum ini isu scorpene yang mana Zahid dilihat mendiamkan diri kerana tidak mahu layan permintaan pakatan yang mahu beliau ke Perancis yang kononnya Najib sedang didakwa di sana atas dakwaan skandal Scorpene dan Altantuya Sharibu. Tidak lama selepas itu, pihak Perancis sendiri mengeluarkan press statement yang menafikan semua khabar angin berikut. Pakatan terdiam lagi.

Tapi kali ini Zahid dihentam pula oleh bekas tenteranya sendiri, Ali Tinju, Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) yang pernah melakukan tarian punggung di depan rumah Ambabiga dulu. Kali ini Ali Tinju bersama rakan-rakan yang berjaya dihasutnya ingin berdemo di hadapan MINDEF bagi mendesak Zahid mendengar luahan bekas tentera sepertinya yang tidak terbela. 

Macam mana nak terbela kalau dah kome sendiri yang buat hal. Berkhidmat tak sampai 7 tahun, kena berhenti sebab ada masalah disiplin, patut ke bekas tentera macam ni dapat semua manfaat yang tentera lain turut dapat sedangkan tentera lain lebih berdisplin dan tidak pernah memberontak?

Fikir sendiri la yop. Jangan nyusahkan orang.

No comments:

Post a Comment

comment please.....