Monday, June 4, 2012

TAK PERCAYA!! AKHIRNYA TURUN JUGAK CUKAI PINTU!! TAPI.......

Tahniah lah dahulu JB ucapkan kepada MB Selangor yang gagap. Tahniah sebab akhirnya apabila tarikh pilihanraya hampir tiba maka secara drastik kerajaan pakatan Selangor ini boleh juga menurunkan cukai pintu sebanyak 20%. Tabik springlah kat pakatan! Tapi.....

Tapi...kenapa hanya rumah pangsa kos rendah sahaja? Macam mana dengan rumah-rumah lain yang juga membayar cukai kepada kerajaan Selangor. Yang juga rakyat Selangor yang menetap dan bermastautin di Selangor selama berpuluh-puluh tahun? Macam mana Khalid? Kenapa rumah pangsa kos rendah jerrrr???

Macam mana pulak dengan premis komersial yang tiap tahun kerajaan negeri kutip cukai? Kalau tak bayar premis boleh di sita bersama barang-barang niaga sekali. Apa cerita ni Khalid? Kami rakyat Selangor jugak yang mahukan kesamarataan. Suka sama suka, depan belakang sama rata, sama rasa.

Kalau tak boleh nak tunai kenapa janji macam-macam tahun 2008 dulu sebelum menang? Kenapa banyak sangat janji yang tak ditunai lagi ni Khalid? JB mula risau sebab JB juga anak jati Selangor yang bekerja dan menetap di salah sebuah bandar besar Selangor. Kos sara hidup yang tinggi, gaji yang kecil walhal kerja dengan salah sebuah pejabat kerajaan negeri jugak ni. Gaji sama juga kerja swasta.

Mana manifesto yang konon mahu menjadikan kerajaan berkebajikan yang sering dilaung-laungkan? Mana janji geng pakatan yang sering datang rumah orang tua JB di kampung yang meraih undi dan pujuk mak bapak JB? Kenapa janji tinggal janji??

KECEWA!!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....