Saturday, June 9, 2012

PKR BERJANJI LAGI!! GULA-GULA RM50 SEBULAN UNTUK IBU YANG UNDI PAKATAN!!!


GEORGE TOWN: Semua kaum ibu di Malaysia tanpa mengira status pendapatan atau pekerjaan akan menerima RM50 sebulan, kata Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin.

"Pakatan juga akan mewajibkan suami memberikan wang simpanan sebanyak RM10 hingga RM100 kepada isteri melalui satu skim simpanan yang akan diperkenalkan. Mereka boleh mengeluarkan wang itu selepas mencapai umur 50 tahun," ujarnya.

Demikian satu lagi janji Pakatan Rakyat kepada rakyat negara ini jika gagasan pembangkang berjaya merampas Putrajaya kelak.

Exco Selangor Rodziah Ismail sebelum ini dilaporkan cuba memutar belitkan janji yang dibuat Pakatan Rakyat empat tahun lalu berhubung pembayaran elaun bulanan kepada ibu tunggal. Beliau mendakwa istilah elaun di dalam manifesto itu disalah ertikan sesetengah pihak.

"Kalau kita lihat, mungkin istilah di situ yang buat kita keliru. Elaun yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah bantuan (dalam bentuk lain),” kata beliau.

Kenyataan Rodziah jelas mengeliru dan mencurigakan. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin sebelum ini mengakui bahawa Pakatan Rakyat masih belum menunaikan janji untuk memberi elaun kepada ibu tunggal.

"Kita tidak beri elaun bulanan. Bantuan itu pun boleh dikira sebagai elaun kepada ibu tunggal," katanya.

Bagaimanapun Exco itu tidak memberikan butiran terperinchi berapa ramai ibu tunggal yang sebenarnya menerima bantuan sedemikian.  

Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu memukau pengundi di Selangor apabila menyenaraikan beberapa gula-gula politik. Namun setelah empat tahun memerintah kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih gagal mengotakan janjinya.

Antaranya adalah elaun anak pusat asuhan kanak-kanan bernilai RM75 sebulan, elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, elauan khas ibu tunggal, bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin, bantuan geran untuk perniagaan, memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri dan membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusia 60 tahun ke atas.

Walaubagaimanapun, setelah ditegur kerajaan negeri secara drastik meluluskan peruntukan untuk membiayai elaun anak tadika bernilai RM75 sebulan tetapi hanya kepada kira-kira RM3000 pelajar untuk fasa pertama.

Tidak dinyatakan juga bagaimana proses pemilihan 3000 pelajar itu walahal pada tahun 2008 sahaja, sebanyak 411 buah tadika dicatatkan dengan purata 20,550 murid atau 50 murid setiap tadika.

Kerajaan negeri juga sepantas kilat mengumumkan potongan cukai pintu sebanyak 20% hingga 25% untuk rumah pangsapuri rendah di negeri itu, juga selepas ditegur seteru politiknya.

Bagaimanapun, keputusan itu terus mendapat kritikan apabila diskaun cukai pintu itu dibuat tidak meliputi semua kediaman sepertimana yang dijanjikan dalam menifestonya sebelum ini.-AP

2 comments:

  1. Hei Zuraidah puaka..nonok kaupun tak cuci bersih, ni nak berjanji ngan org ramai. banyak sangatkah bulu-bulu yg ada dibadan tu yg da terjual untuk diagihkan hasil jualan tu ke meka. putar alam punya betina..

    ReplyDelete
  2. tak serik lagi no zuraidah..semua ni salah sharijat laa..dah tahu bawa ke mahkamah bila lagi nak saman dia? biar saman dulu jangan bagi dia jadi calon lagi. kerana dia banyak berlaku fitnah dan dosa serta bala kepada malaysia. jangan setel di luar mahkamah. kalo sharijat tak saman zuradiah..elok sharijat join PKR sahaja.

    ReplyDelete

comment please.....