Wednesday, June 13, 2012

MB SELANGOR JUAL TAPAK BAZAR RAMADHAN KEPADA PENIAGA CINA!!!


Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) terperanjat dan kesal dengan satu usaha untuk mem`bunuh’ penjaja-penjaja Melayu pada bulan Ramadhan ini di Jalan Taiping, Klang, di mana pada tahun ini, penjaja-penjaja Melayu hanya dibenarkan berniaga selama dua minggu (14 hari).

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, Jalan Taiping merupakan satu kawasan yang sangat strategic di Bandar Klang, di mana sebelum ini penjaja-penjaja Melayu ini dibenarkan berniaga lebih dari tiga puluh (30) hari dalam bulan Ramadhan untuk menjual barang-barang bukan juadah seperti pakaian, kasut dan barang-barang keperluan Hari Raya.

“Tapi kali ini, Menteri Besar membuat arahan supaya penjaja-penjaja Melayu ini hanya boleh berniaga selama 14 hari. Ini amat memeranjatkan kita kerana penjaja-penjaja Melayu ini hanya berniaga setahun sekali dan mereka berniaga di kawasan yang sangat strategik dan mereka berniaga pada bulan Ramadhan dan pembeli-pembelinya juga hampir keseluruhannya orang Melayu.

Sebelum ini tidak timbul masalah, tetapi pada kali ini penjaja-penjaja ini telah mengadu kepada GAPS kenapa kerajaan negeri hanya membenarkan mereka berniaga hanya untuk 14 hari,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Ujarnya, Ramadhan pertama sehingga ke Ramadhan ke-14, tidak boleh berniaga di Jalan Taiping, tetapi pada Ramadhan ke-15 sehingga ke Ramadhan ke29 atau ramadhan ke-30 baru boleh berniaga.

“Dalam masa yang sama, kita juga melihat kenaikan harga, contohnya seperti kenaikan harga untuk menghantar borang permohonan, RM300 tetapi dulu RM100 sahaja, penggunaan lessen dulu tidak ada tapi sekarang dikenakan RM200. Penggenaan wang RM1000 untuk wang pertaruhan, dulu tidak ada tapi sekarang RM3000.

Saya fikir ini merupakan usaha-usaha untuk mem`bunuh’ peniaga-peniaga Melayu di Bandar Klang. Untuk berlaku adil kepada seluruh peniaga dan penjaja kecil Melayu di Bandar Klang, MB kena tarik balik perkara ini. Orang Melayu wajar diberikan hak untuk berniaga di Bandar Klang selama 30 hari dalam bulan Ramadhan ini, bukan 14 hari,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak kerajaan negeri dan MB Selangor untuk membenarkan orang Melayu di Bandar Klang selama 30 hari dalam bulan Ramadhan ini.- Sahabat-Gunung

9 comments:

  1. Bukan setakat nak bunuh peniaga melayu tapi nak kutip duit untuk dana PRU13. Zalim semua ni sebab ikut cakap puak-puak kafir harbi DAP.

    ReplyDelete
  2. baguslah tu teruskan khalid biar padan muka orang melayu kau orang yang sokong PKR apa pulak marah-marah patutnya kau sokonglah sebab mereka nak kumpukan duit tahniah pada orang melayu terutamanya peniaga.

    ReplyDelete
  3. Berapa kerajaan Selangor mintak dari peniaga Melayu, bayar ajer lah. Dulu pangkah pembangkang tanda sokong pembangkang, sekarang kena sokonglah apa yang kerajaan Selangor mintak. Sendiri pangkah sekarang sendiri kena tanggunglah. Janganlah merungut.

    ReplyDelete
  4. pujian patut diberi kepada pemimpin pr diatas kebijaksanaan membunuh perniagaan bazar ramadan.inilah kerajaan yg diidamkan rakyat,tiada kerajaan seadil pr yg pernah memerintah.kepada peniaga melayu sokongan padu patut diberikan kepada arahaan terkini.


    pesara GLC

    ReplyDelete
  5. PRU 13 akan datang, kita ramai-ramai undi PR. Pasal apa nak marah, kita orang Melayu yang bodoh, dulu masa undi PR tak fikir habis2. Sekarang terimalah akibatnya.

    ReplyDelete
  6. Sesuai sangat dengan muka Melayu yang memang mudah lupa dan mudah di tipu...teruskan Khalid tindas Melayu yang menyokong kamu dulu, pasti dia akan undi PKR lagi untuk PRU13...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. x der modal nak bertanding dlm PRU13...so kena la pow cina...melayu selekeh mana der duit?????

    ReplyDelete
  9. MASA NILAH KALAU NAK MARAH PADA DIRI SENDIRI.DENGAR SANGAT JANJI YG MANIS,FREE-TURUN HARGA-FREE TURUN HARGA,LAMA-LAMA DUDUK FREE X PAYAH NIAGA,

    ReplyDelete

comment please.....