Wednesday, June 6, 2012

HIGHWAY RAKYAT!! BAYAR DULU GUNA KEMUDIAN!!

Umpama Touch n Go yang begitu popular kepada pemandu-pemandu di Malaysia untuk menjadikan perjalanan mereka lebih efektif dan cepat. Itulah yang selayaknya diberikan kepada pembinaan lebuhraya rakyat K.Bharu - K.Krai di Kelantan yang diilhamkan oleh Nik Aziz.

Siapa yang tak suka perjalanan lebih cepat jika tiada tol, kalau Nik Aziz berjaya buat confirm saya pindah Kelantan dan sokong PAS! Tapi bagi selesai dulu kerjalah baru nak heboh pasal projek yang baru nak letak batu asas nya.

Bayar dulu, guna kemudian. Kerajaan PAS Kelantan yang sombong mahu meneruskan juga projek mega ini dengan tanpa segan silu meminta duit kepada rakyat sebagai sumbangan untuk menyiapkan projek yang tiada garis panduan dan hitam putihnya.

Lebuhraya yang dijangka siap pada 2014 adalah projek angan-angan Nik Aziz dan sebagai modal PRU untuk terus berkuasa di Kelantan. Jika rakyat Kelantan nak tengok lebuhraya ini siap maka rakyat perlu mengundi PAS dan Pakatan agar cita-cita Nik Aziz tercapai. Selepas PRU pula kita tak tahu, mungkin projek ini akan dibatalkan terus dan tidak akan diwar-warkan lagi.

Fikirlah secara rasional. Ini adalah rasuah politik PAS dalam mengekalkan jajahan Kelantan. Fikirkan untuk masa depan anak cucu kalian. Cukuplah 22 tahun memerintah. Kalau PAS nak menang pun bagilah jawatan MB Kelantan kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment

comment please.....