Monday, June 4, 2012

DAP AKAN JADI PARTI PALING RASIS JIKA DAPAT PERINTAH MALAYSIA!!

"GUAN ENG UGUT SAMAN WARTAWAN JIKA SIAR ISU TIDAK DIGEMARINYA."

Itu antara sebahagian tajuk berita yang terpampang didada akhbar semasa yang kita dapat lihat betapa bersungguh-sungguhnya parti DAP ini atas hak kebebasan bersuara yang sering dilaung-laungkan. Bukan hendak bersikap rasis kepada parti chauvanist DAP yang terang-terang menolak Raja Melayu dan dalang rusuhan kaum 13Mei1969, tetapi belum pun dapat memerintah Malaysia sudah macam-macam lakonan wayang yang dibuat dan menampakkan lagi sikap sebenar mereka yang benci Melayu terdedah sedikit demi sedikit.

JB tak nak cerita banyak pasal Guan Eng yang sememangnya mengikut sikap ultra-kiasu Kit Siang yang mana dipelajari dari Lee Kuan Yew. Guan Eng tidak dapat menambat hati rakyat Penang yang telah dihalau sedikit demi sedikit tanpa orang Penang sedari sendiri. Umpama Singapura Kedua itulah yang selayaknya diberikan kepada kerajaan dibawah DAP ini.

Kita dalam bahaya kerana DAP dan PAP yakni parti rasis adik-beradik ini telah menguasai Utara dan Selatan Tanah Air kita secara tidak langsung. Melayu hilang kuasa di Penang seperti mana Singapura dahulu. Dan jika kita biarkan, suara kita akan disekat dan tak mungkin akan didengari lagi. Percayalah. Kembalilah ke bumi yang nyata, rapatkan saf dan ikat persefahaman kita. PAS tak akan boleh hidup bersama dengan si penentang Islam dan Melayu. Selamatkan Malaysia dari DAP sebelum terlambat. Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....