Sunday, June 3, 2012

BLOGGER PRIHATIN: PUTRI MIA ADRIANA CARI PENDERMA HATI...

Kuala Lumpur : Menatap matanya sahaja sudah dapat menyelami penderitaanditanggung, apatah lagi anak kecil berusia enam bulan itu belum petah berkata-kata untuk memberitahu setiap detik dia menahan kesakitan. 

Putri Mia Adriana Mohd Nooridan menghidapi penyakit missed biliary atresia disebabkan hatinya tidak dapat berfungsi dengan baik akibat saluran hempedu tersumbat. Ibunya, Nurhashimah Tasim, 27, berkata, ketika dilahirkan, anak kecil yang lebih mesra dengan panggilan Mia itu normal seperti bayi lain, namun, dia dan suami pelik apabila mata putih bayi mereka semakin kekuningan, perut makin membesar dan najisnya berwarna pucat. 

“Ketika itu, usia Mia baru empat bulan. Doktor mengesahkan hatinya tidak berfungsi dan dia memerlukan hati yang lain bagi menggantikan hatinya itu. “Mia aktif, dia suka belajar benda baru seperti kanak-kanak lain, tetapi pergerakannya terbatas. 

Dia selalu ketawa, tetapi, ada masa tertentu dia menangis, mungkin sakit menyebabkan dia tidak selesa,” katanya. Sebagai inisiatif mengubati Mia, Nurhashimah dan suami, Mohd Nooridan Mohd Samsudin, 29, meminta bantuan Kelab Putera 1Malaysia. 

“Suami saya bekerja Pembantu Am di Pejabat Daerah Sepang, tidak cukup untuk kami membelanjakan wang banyak setiap bulan untuk tampung perubatanMia. Jadi, kami ambil keputusan Mia perlu dibedah dan hatinya digantikan hati yang baru. “Kami yakin, kelab Putera 1Malaysia dapat bantu dan syukur kerana dapat bertemu Kelab Putera 1Malaysia,” katanya. 

Presiden kelab itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya menubuhkan Tabung Putri Mia Adriana Kelab Putera 1Malaysia dan berusaha mencari penderma hati sesuai dalam tempoh terdekat. 

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Maybank Nurhashimah, 162107039647.

2 comments:

  1. To bloger jawa bernam, sye mummy putri mia adriana ingin memaklukn pd anda yg putri mia adriana telah meninggal dunia pada 8/12/2012 jam 10mlm dihospital banting akibat jangkitan kuman..dan arwah belum sempat pun membuat pembedahan pemindahan hati..so ucapn ribuan terima kasih diatas keprihatinan anda.doakn kesejahteraan arwah disana al-fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah...
      Salam takziah kepada puan sekeluarga...
      Semoga arwah tergolong dalam golongan yang dimuliakan...
      amin...

      Delete

comment please.....