Wednesday, June 13, 2012

BEKAS MB SELANGOR SOKONG PENDIDIKAN PERCUMA KHALID GAGAP!!!


1. Ketika Pakatan Rakyat berceramah seantero negara menyatakan mereka akan menghapuskan PTPTN jika memerintah, tiba-tiba kerajaan Selangor dan kumpulan pelajar pro-pakatan rakyat begitu menggelabah dengan Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) menggantung pemberian pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel).

2. Mereka membelasah Menteri Pendidikan Tinggi dan PTPTN sebagai tidak berperikemanusiaan, tidak bertanggungjawab dan membalas dendam. Mengapa dimarahi menteri dan PTPTN sedangkan mereka sendiri menyatakan PTPTN sebagai suatu kezaliman. 

3. Adakah salah menteri menghalang kezaliman berlaku ke atas pelajar Unisel? Adakah tindakan PTPTN  menghentikan apa yang mereka dakwa kezaliman merupakan tindakan balas dendam? Inilah kali pertama dalam sejarah tamadun manusia, mereka yang mendakwa dizalimi dan ditindas marah apabila orang lain menghentikan penindasan dan kezaliman ke atas mereka.

4.  Episod penggantungan ini tidak seharusnya dilihat sebagai satu tindakan politik. Sebaliknya ia merupakan satu tindakan menyedarkan masyarakat bahawa apa yang Pakatan laung-laungkan dalam ceramah adalah mustahil untuk dilaksanakan.

5. Berdasarkan episod ini, Kerajaan Negeri Selangor mendakwa mereka mempunyai mekanisme memberi pendidikan percuma kepada pelajar Unisel. Jadi saya berharap Menteri Besar akan melaksanakannya biarpun PTPTN telah menarik balik penggantungan.

6. Apa salah kerajaan negeri Selangor meneruskan idea bernas dan hebatnya memberi pendidikan percuma kepada para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di bawah kawalannya  terutamanya Unisel? Perkara yang baik kepada rakyat tidak wajar ditangguhkan biarpun PTPTN telah menarik balik penggantungannya.

7. Janganlah kerajaan negeri lepaskan peluang keemasan untuk melaksanakan idea baik mereka ini. 

1 comment:

  1. Baca Sinar Harian hari ini MB selangor cakap nak buat juga pendidikan percuma di Selangor hasil jual tanah 30 bilion.. bagus punya pakar ekonomi...kalau duit jual tanah tu dah habis?? nak jual tanah lagi ke??? berapa banyak tanah nak kene gadai kat selangor??? nampak sangat tak mampu???

    ReplyDelete

comment please.....