Sunday, June 3, 2012

APA YANG BISING SANGAT PASAL #HBN2012 NI?? POLITIKKAN SEMUA BENDA!!

Himpunan Jutaan Belia telah melabuhkan tirainya. Pelbagai aktiviti yang dapat disertai oleh belia seluruh negara telah disediakan oleh pihak penganjur. Setelah berkampung di Putrajaya selama 5 hari bermula 23 Mei hingga 27 Mei pelbagai kerenah dan telatah para belia dapat disaksikan. Itulah ragam belia Malaysia yang mahukan keamanan dan keharmonian negara Malaysia.

Lebih 100 acara diadakan pada Hari Belia Negara 2012, dan sudah pasti berbagai kejadian yang tidak dirancang telah berlaku. Isu K-Pop, dan Insiden Drag Race telah mendapat satu tamparan yang maha dahsyat yang mana telah dimanipulasikan dan digembar-gemburkan ditambah dengan tambahan fitnah telah menakutkan  rakyat Malaysia.

Tak dinafikan ada negatif dalam penganjuran kali ini dan KBS telah mengeluarkan kenyataan maaf dan perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Jangan salahkan KBS kerana perkara yang terjadi adalah diluar kawalan KBS sendiri.

Banyak juga perkara positif yang boleh kita ambil kira dalam HBN2012 yang lepas. Aktiviti keagamaan juga banyak cuma pembangkang lebih suka mencari kekhilafan kerajaan berbanding kebaikan. Bacaan Yassin, Solat Hajat, Ceramah Agama, Persembahan Nasyid turut diadakan namun hati pembangkang sudah hitam maka semua itu tak dapat dilihat oleh puak pakatan.

Perhimpunan besar-besaran belia seluruh Malaysia di Putrajaya adalah merupakan himpunan belia terbesar di dunia dan selayaknya boleh dimasukkan di dalam Guinese World Book of Record jika mahu. Putrajaya yang merupakan tempat untuk kakitangan awam sahaja telah dijadikan medan himpunan para belia. Belia harus mempertahankan Putrajaya!


No comments:

Post a Comment

comment please.....