Saturday, May 19, 2012

ZAHID HAMIDI BAGI WARNING PADA PAS!!


BAGAN DATOH - Pas ja­ngan ada agenda politik tersembunyi berhubung isu muzakarah.Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lebih rela cadangan bersemuka dua parti itu ditangguhkan jika ada pihak yang tidak ikhlas.“Ikhlas paling penting. Jika tidak ikhlas, lebih baik tangguh (muzakarah),” katanya.

Bagi Ahmad Zahid, jika ikhlas, tidak perlu ada had waktu untuk bermuzakarah, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.“Ini agenda agama, bukan politik. Agenda agama tidak sepatutnya dipolitikkan, jadi jangan kira soal pilihan raya,” katanya.Dalam keadaan sekarang, kata Ahmad Zahid, apa yang perlu diberi fokus ialah isu perpaduan umat Islam, memartabatkan Islam dan meningkatkan darjat umat Islam.Beliau turut menjelaskan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka terhadap apa sahaja usaha yang menjurus ke arah perpaduan umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu, katanya tidak timbul keraguan sama ada parti itu tidak faham atau tersalah faham isu muzakarah yang dicadangkan oleh Pas.“Umno sentiasa bersedia. Itu sikap kita. Kita pandang positif pada setiap usaha ke arah perpaduan umat Islam.

Siapa saja yang hendak bermuzakarah, kita terima termasuk Pas.Pintu kita sentiasa terbuka. Lebih penting, kita tidak letak sebarang syarat untuk tujuan itu,” katanya.-SH

No comments:

Post a Comment

comment please.....