Thursday, May 3, 2012

SIRI 10: PATAH BALIK KE DATARAN, LIHAT ADEGAN KEJAR MENGEJAR!

Selepas kembali ke Dataran Merdeka dari menyelamatkan diri, JB melalui jalan TAR untuk ke dataran. Masa itu perusuh bersih sudah ramai berkumpul memenuhi sepanjang jalan ke dataran. Dicampur dengan penunggang motosikal dan kereta yang berhenti menyaksikan adegan yang agak kelakar.

Akibat provokasi dari perusuh bersih, kumpulan barisan hadapan polis telah hilang sabar dan mula mengejar perusuh. Yang buat JB tergelak bukan apa, ingat polis tu nak halau terus perusuh balik ke rumah atau hotel masing-masing tapi sangkaan JB meleset apabila polis tadi lari pula setelah disergah oleh perusuh dengan jumlah yang agak ramai.

Maka adegan kejar mengejar pun berlangsung dengan agak kelakar. Polis kejar perusuh, perusuh kejar polis dan begitu seterusnya buat beberapa seketika. Time ini FRU sudah beransur kerana air dari 'water canon' sudah rosak dan bom gas pemedih mata telah habis digunakan. 

Tiga lapisan polis telah dikerahkan untuk membuat benteng supaya perusuh bersih tidak dapat melepasi halangan untuk menakluki Dataran Merdeka. Banyak jugalah insiden yang melucukan yang sempat JB lihat. Tak sempat nak tangkap gambar sebab galaxy tab JB ni besar sangat dan agak perlahan nak merakam moment-moment menarik sepanjang masa itu.

Antaranya gelagat si tua yang lari tapi umpama berjalan. Gelagat si mamat skinhead yang berlegar-legar semasa perhimpunan. Gelagat Melayu yang mengeluh bila nak tawan dataran dan gelagat orang gila yang di layan oleh perusuh bersih. Mana orang cina pada jam 5 petang? Mana kumpulan anti-lynas yang paginya berduyun-duyun datang dari KLCC untuk menuntut hapuskan lynas di Pahang? 

Nantikan siri seterusnya di mana Cina selepas pukul 5 petang...

No comments:

Post a Comment

comment please.....