Saturday, May 19, 2012

SELANGORKU JANA KEUNTUNGAN TERTINGGI DENGAN SAMPAH!!


SHAH ALAM: Kecelaruan kutipan sampah di Selangor akibat kegagalan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelasaikan isu itu menimbulkan kemarahan rakyat di negeri ini.

Bagi penduduk, tahap kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor ternyata adalah sesuatu yang bukan boleh dibanggakan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan prestasi semasa mereka yang sangat tidak efisien melaksanakan tanggungjawab mereka.

Manifestasinya adalah apabila hari ini penduduk-penduduk sekitar Kampung Jawa, keluar beramai-ramai mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dilihat mengambil ringan isu kutipan sampah di kawasan tersebut.

Dakwa mereka, MBSA tidak menjalankan tanggungjawabnya di dalam melaksanakan kutipan sampah di kawasan tersebut dan hanya melakukannya apabila terdapat aduan daripada penduduk.

S Jeanthy, 32, operator pengeluaran memberitahu penduduk-penduduk kini sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk yang datang daripada timbunan sampah yang tidak dipungut.

Menurutnya, selain bau busuk, pembiakan nyamuk juga semakin menjadi-jadi yang mebuatkannya risau tentang kesihatan anak-anaknya.

“Lori sampah pun bukan selalu datang, kalau datang penuh juga (dengan sampah). Kalau hujan pula lagi teruk, bau busuk.

“Kalau boleh pihak yang bertanggungjawab dapat sediakan lebih banyak lori supaya kutipan sampah dapat dilaksanakan dengan lebih kerap. Jadi senang sikit kita buang sampah,” katanya.

Hal ini dipersetujui Sarojadevi Nadarajan, 51, suri rumah.

Menurutnya, pihak bertanggungjawab sepatutnya menyediakan tong sampah yang lebih besar bagi menyelesaikan masalah longgokan sampah di situ.

Selain itu katanya, pihak berkuasa perlu tegas di dalam memastikan kontraktor yang diberi tanggungjawab melaksanakan kutipan sampah menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

Ini kerana katanya kontraktor yang sedia-ada didapati melakukan kutipan tidak mengikut jadual dan melakukannya sesuka hati mereka.

“Sebab sekarang sepatutnya masuk tiga kali seminggu, tapi suka-suka masuk. Sepatutnya (setiap) Isnin, Rabu dan Jumaat, taip tak masuk betul-betul. Kadang-kadang seminggu tak masuk. Sudah banyak kali buat komplen (aduan). Bila buat komplen baru ada,” katanya.

Menurut Pengerusi Kelab Perpaduan Insan Selangor, M Selventhiran, masalah sampah ini telah berlanjutan selama beberapa tahun.

Jesteru beliau hairan mengapa masalah tersebut masih tidak dapat ditangani dengan efisien oleh kerajaan negeri yang sebelum ini beria-ia berjanji mahu menyelesaikannya.

“Kerajaan Pakatan telah gagal sama sekali untuk laksana masalah sampah. Mereka hanya berpolitik, mereka menuduh Barisan Nasional, kata BN buang sampah. Jadi ini tak masuk akal,” katanya.

Menurutnya, keadaan ini jauh berbeza ketika negeri tersebut di bawah pentadbiran BN dahulu di mana sampah bukanlah satu masalah.

Dakwanya lagi, wakil rakyat di kawasan tersebut turut mengambil sikap lepas tangan apabila tidak pernah turun padang bertemu dengan penduduk menanyakan masalah mereka.

Tambahnya, wakil rakyat hanya pandai berpolitik tapi tidak di dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.

“Kerajaan ini (Pakatan) langsung tak prihatin,” tegas beliau.
di Selangor: Lagi rungutan penduduk
Sementara itu tinjauan di lokasi terbabit mendapati pihak MBSA seolah-olah sudah dapat menghidu kehadiran pihak media di kawasan tersebut apabila mengarahkan petugasnya mengangkut timbunan sampah di kawasan itu, walaupun hari ini adalah hari Sabtu.

Kerajaan negeri kini diasak oleh pelbagai pihak kerana masalah sampah tidak dipungut semakin menjadi-jadi susulan tindakan menamatkan kontrak Alam Flora dan tanggungjawab itu diambil-alih menerusi PBT.-AntaraPos

1 comment:

  1. Undi lagi fuckatan rakyat,padan muka takebeeeer.

    ReplyDelete

comment please.....