Friday, May 18, 2012

MELAYU TERPINGGIR DI DALAM PARTI RASIS CHAUVANIST DAP!!!


SHAH ALAM: Tindakan pemimpin kanan DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim keluar parti membuktikan kedudukan kaum Melayu tampak tergugat dalam parti yang didominasi kaum Cina itu.

Penganalisis politik, Professor Madya Dr Ismail Sualman yang dipetik sebagai berkata situasi yang dialami Tunku Aziz memberi peluang kepada orang Melayu menilai semula pendirian untuk menyertai parti tersebut.

Menurutnya, tindakan Tunku Aziz itu telah sedikit-sebanyak merencatkan usaha DAP yang kini sedang berusaha memantapkan sokongan di kalangan masyarakat Melayu menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang.

“Sudah tentu (tindakan) dia (Tunku Aziz) membuka mata kepada orang Melayu yang teringin masuk DAP terfikir kembali apakah betul wadah dalam DAP itu untuk berjuang dalam parti politik.

“Dan saya rasa bersyukur apabila Tunku keluar, secara tidak langsung akan melambangkan bahawa orang Melayu tidak sepatutnya menyertai DAP,” katanya.

Menurutnya lagi, tindakan Tunku Aziz yang membuat pengumuman tersebut di saluran NTV7 juga tidak wajar dipertikaikan memandangkan beliau bercakap atas dasar peribadi dan prinsip, bukannya parti.

“Platform untuk Tunku cakap di mana juga tak kisah malah dalam Parlimen dia cakap atas dasar prinsip, bukan dasar parti.

“Masalahnya DAP tidak memberikan dia ruang untuk bercakap tentang perkara ini dan sudah tentu dia akan cakap di atas pentas mana sekalipun asalkan bercakap berdasarkan kebenaran,” tegas Ismail.

Mengulas lanjut mengenai pengumuman Tunku Aziz itu, Ismail berpendapat bahawa ianya adalah sesuatu yang telah diduga memandangkan kemasukannya sebelum ini ke dalam parti DAP hanya ingin menonjolkan yang parti itu seolah-olah mendapat sokongan dari orang Melayu.

Sedangkan katanya, hakikat sebenarnya adalah DAP hanya berjuang untuk nasib bangsa Cina dan India sahaja.

“Jelas di sini bahawa DAP walaupun dia nak pikat hati pengundi Melayu, tetapi sebenarnya parti ini bersifat rasis.

“Jadi bila Tunku keluar, bermaksud dia tidak serasi dengan perjuangan DAP yang ketepikan soal melayu dan sebagainya. Jadi kemasukan beliau (ke dalam DAP) hanya nak tunjuk seolah-olah parti itu mendapat sokongan dari orang Melayu. Hakikatnya tidak. Ia hanya berjuang untuk nasib orang Cina dan India,” katanya lagi.

Ketika diwawancara di dalam rancangan Chat Time di NTV 7 kelmarin, Tunku Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP telah mengumumkan keluar daripada parti yang didominasi oleh kaum Cina itu.

Menurutnya, beliau tiada pilihan lain kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan parti.-AntaraPos

No comments:

Post a Comment

comment please.....