Wednesday, May 9, 2012

JANGAN AMBIL RINGAN KRISIS AIR - TITAH SULTAN SELANGOR

Isu bekalan air yang semakin meruncing amat membimbangka di Selangor. Baru-baru ini DYMM Sultan Selangor menyelar tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang diam membatu untuk menangani isu air secara serius. 

Baginda Sultan Selangor menyarankan kepada Kerajaan Selangor di bawah teraju pakatan supaya jangan memperlekehkan krisis air yang bakal berlaku jika perkara ini tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh. Pakatan seharusnya menurunkan sedikit ego mereka dan mendengar tentang cadangan pihak Barisan Nasional yang tidak mahu rakyat Selangor menderita.

Air bawah tanah yang disarankan oleh Sultan Selangor adalah idea yang bernas untuk mengekang krisis air 2014. Kerajaan Selangor seharusnya mengambil inisiatif yang pantas untuk melaksanakan tugas dan membantu rakyat khususnya rakyat Selangor. Biarlah tiada elektrik, tiada minyak yang penting ada air untuk kelangsungan hidup sebagai manusia.

Projek pemindahan air dari Negeri Pahang harus diteruskan dan pembinaan empangan untuk penyaluran air kepada seluruh tempat di Selangor harus dititik beratkan. Jangan terlalu dipolitikkan isu air ini. Ini bukanlah berkenaan gula-gula pilihanraya atau rasuah pilihanraya kepada rakyat. Ini adalah berkenaan sumber yang amat diperlukan oleh setiap yang hidup dimuka bumi ini. Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment

comment please.....