Sunday, May 20, 2012

HOT NEWS: PER3 AKAN CINCANG PETUALANG NEGARA!! #SHSEL



Kuala Selangor - Pertubuhan Islam Gabungan Amal atau PER3 yang dirasmikan petang tadi di Laman Kuala Selangor berhadapan Sun Inn Hotel, Kuala Selangor membawa tujuan yang sama dengan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia. 

Menyusuri sejarah penubuhan PER3 ini adalah dari Paduka Ayahanda Pengasas Utama Sabaruddin bin Ahmad yang diasaskan pada 15 Julai 2011 dan ditubuhkan secara rasmi pada 30 Julai 2011 di Dewan Usahawan Tekun USM, Pulau Pinang.

Dengan gabungan lebih 30 pertubuhan NGO Islam dan Melayu di seluruh Malaysia, ahli berdaftar di bawah PER3 adalah lebih 40,000 ahli dalam masa 10 bulan penubuhannya. PER3 yang menggabungkan beberapa NGO dan dinaungi oleh ahli politik tempatan telah mendapat perhatian masyarakat setempat. Di Pulau Pinang, ahli PER3 berdaftar adalah seramai lebih 15,000 orang dengan pembabitan 18 gabungan NGO Pulau Pinang.

Di Selangor, Penaung PER3, DS Noh Omar telah dilantik dan Datuk Hajah Noriah Kasnon dilantik sebagai Bonda PER3 bagi Negeri Selangor. Ahli yang berdaftar di Selangor buat masa ini adalah seramai 5,000 orang dan kemungkinan penambahan ahli akan meningkat dari masa ke semasa. Negeri Selangor adalah negeri yang kedua terpilih untuk perasmiannya selepas Pulau Pinang.

PER3 juga telah bersepakat dengan beberapa NGO Islam di Filipina dan Indonesia seperti Pertubuhan Islam Acheh untuk mewujudkan kumpulan besar demi menegakkan Islam di Nusantara. Dengan harapan yang satu supaya umat Islam, bangsa Melayu dan Raja Melayu akan mempertahankan Nusantara dari segala anasir luar yang terus menggugat keharmonia setiap negara. 


1 comment:

  1. 1.menjaga kedai2 judi internet online(rolex)
    2.ahli menjual telefon tiruan

    ReplyDelete

comment please.....