Thursday, May 17, 2012

DEMAM PRU13: DOKUMEN SULIT KERAJAAN SELANGOR TELAH DILUPUSKAN


Kami baru saja menerima kiriman emel dari Pejabat Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor. Mymassa  diberitahu gambar-gambar di atas  merupakan kumpulan dokumen-dokumen kerajaan negeri Selangor yang diarah musnahkan oleh Exco PR tersebut. Proses memulakan shredder dokumen-dokumen rasmi kerajaan Selangor itu dibuat sejak seminggu lalu selepas PM mengumumkan tidak sabar untuk bertemu Yang Dipertuan Agong.  
Apakah kerajaan DAP Selangor bimbang mereka akan tewas teruk? Nampaknya kerajaan DAP Selangor ingin menutup semua penyelewengan yang mereka lakukan sepanjang tahun ini? Kami dimaklumkan hanya kakitangan Cina sahaja dibenarkan shredder dokumen di atas.Kakitangan Melayu tidak dibenarkan. - MyMassa
MyMassa diberitahu yang segala dokumen sulit telah dimusnahkan minggu lepas selepas pengumuman mengejutkan PM semasa Perhimpunan Ulangtahun UMNO ke-66 di Stadium Bukit Jalil. JB melihat geng pakatan sudah tidak tentu arah dan takut dengan PRU yang akan diumumkan oleh PM pada bila-bila masa sahaja lagi.

Ada sesuatu yang memusykilkan bagi JB sebab kalau betul-betul kerajaan pakatan ni telus dan jujur dalam mentadbir negeri Selangor, kenapa perlu di shredder semua dokumen kerajaan? Ada rahsiakah yang disimpan oleh pakatan? Kita tunggu pendedahan selanjutnya.

1 comment:

  1. Bro,

    Nak gambar plastik beg, byk lagi - kat GM, KL.

    ReplyDelete

comment please.....