Thursday, May 24, 2012

60 KALI TUNDA KES LIWAT, PUNCA SEBENAR SUDAH DIKENAL PASTI!!!



Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini, iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.  

Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia?  Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.  

Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu.  Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.  Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.  

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi ‘tepukan berdiri’, tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.  

Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah ‘suka-sama-suka’, mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.  

Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.  

Namun, ini tidak berlaku.  Rayuan juga tidak berlaku.  Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.  Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam ‘inner-circle’nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya.   Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.  

Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.

Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.   Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.  

Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.   Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.  

Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof?  Hampir tiada.  Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali.   Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat ‘bonus tambahan’ iaitu dari segi keuntungan politik.  

Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar.  Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.  

Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.  

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga.  Jika ada pun yang lebih ‘tinggi’ dari undang-undang, ia adalah wang! 

Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.  

Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.  

Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.  

7 comments:

  1. bodoh..dah la wat fitnah...siap bg gambar lucahh..semoga tuhan membalas yg setimpal kt tuan blog

    ReplyDelete
  2. PERANGAI UMNO MMG CAMNI..DR DLU..DAH LAMA DAHH

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis PKR,DAP ng PAS tu baik sangat k..

      Delete
  3. Gua dari dulu lagi tak sokong bakal pemimpin yang kaki penipu, kaki rasuah untuk menang kes, kaki fitnah, kaki putar alam, kaki belit, kaki rembat bini orang, kaki cina doll, kaki siam doll, kaki jantan, kaki LGBT, kaki berhimpun, kaki merusuh, kaki sara hidup dari dana Yahudi, kaki sokong Yahudi, kaki jamban' blowjob, kaki durhaka, kaki porno, kaki muka tebal, kaki pluralisme, kaki bermuka-muka, dan entah ape lagi kaki yang dia ada. Korang nak, korang sokong lah.

    ReplyDelete
  4. Akhirrrr nya tembelang itu dipecahkan PR sendiri....hahaha apa citer tok usop ? ce..ce.. habaq mai.

    ReplyDelete
  5. Anwar memang sial, orang Melayu yang paling sial dan sundal ialah pemimpin PKR anwar aljuburi.

    ReplyDelete
  6. Anwar gunakan pengaruhnya, wang kekayaan beliau sama ada wang curi dari Selangor atau wang rasuah untuk membeli kes jenayah si aljuburi ini dan mencuci kekotoran bertalu-talu atau apa saja yang di lakukan tanpa bertaubat nasuha.
    Bertaubat bukan bermakna seorang penjenayah itu berniat di mulut sahaja. Bertaubat bermakna penjenayah itu mesti mengalami hukuman yang setimpal dengan jenayahnya, sama ada berat atau sederhana. Kemudian barulah bertaubat dengan perubahan kelakuan kepada yang baik dan bersumpah tidak akan melakukan lagi dan meminta ma'af kepada sesiapa manusia yang penjenayah sudah menganiayakan si mangsa itu.

    ReplyDelete

comment please.....