Thursday, April 19, 2012

SAMSENG KG.KERINCHI ATAU SAMSENG JALAN KEBUN?? DEMO PTPTN BERMANDI DARAH!!!


BERLAWANAN dengan sangkaan banyak pihak, ‘serangan’ awal pagi yang ditujukan kepada sekumpulan pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi tadi bukanlah disebabkan oleh penyokong mana-mana parti politik.

Sebaliknya berdasarkan maklumat yang penulis terima, ia dilakukan oleh sekumpulan ‘penduduk Flat Kg Kerinchi’ yang tidak berpuas hati dengan Adam Adli kerana campur tangan dalam proses pemindahan penduduk di kawasan mereka tempoh hari.

Tindakan Adam Adli yang cuba menjadi hero dalam kejadian pada 2hb April 2012 itu telah menyebabkan projek pembangunan Flat tersebut yang sudah semakin uzur itu, tertangguh hingga kini dan menyusahkan majoriti penduduk disitu.  Dalam kejadian tersebut Adam Adli mendakwa ditumbuk dan mendapat kecederaan kecil sebelum diselamatkan oleh pihak polis.

Rasa tidak puas hati itulah yang membawa kepada kejadian awal pagi tadi yang hampir menyebabkan ketegangan antara dua pihak berlawanan atau dalam bahas Inggerisnya di panggll ‘unfinished business’.

Tapi itu tidak bermakna penulis menyokong perbuatan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh mana-mana pihak terbabit.  Cuma, kita perlu menjelaskan disini sebelum ada yang menuduh UMNO atau polis menjadi dalang di sebalik serangan tersebut.

Kita faham sangat dengan modus operandi pembangkang atau mana-mana pihak yang dinaunginya.  Adalah biasa bagi mereka meletakkan kesalahan kepada UMNO dan kerajaan setiap kali sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas mereka.  Walaupun hakikatnya masalah itu adalah disebabkan oleh mereka sendiri.

Itupun, dalam sidang media yang diadakan oleh kumpulan ini di Dataran Merdeka sebentar tadi, mereka sempat menuduh polis menzalimi mereka kerana tidak datang membantu dalam serangan awal pagi tadi.  Walhal pihak polis memang ada di tempat kejadian tapi menghadapi kesulitan untuk meleraikan pergaduhan tersebut akibat dari jumlah yang terlibat agak ramai.

Rasa penulis, kerajaan dan polis pun tidak berminat untuk masuk campur dalam soal budak-budak yang semakin kehilangan arah ini.  Arah ‘perjuangan’ mereka itupun semakin huru hara.  Dari matlamat asal untuk memperjuangkan pemansuhan PTPTN, bertukar dan bercampur baur dengan pelbagai isu lain yang tidak berkaitan.

Takkanlah polis nak membazirkan sumber dan tenaga untuk memastikan keselamatan budak-budak yang mencari masalah sendiri ini.  Di luar sana ada lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan dari pihak polis.  Tidak ada siapa yang memaksa mereka mendedahkan diri kepada bahaya seperti itu, itu adalah pilihan masing-masing.

Benarlah kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, siapa suruh cari masalah? -Beruang

5 comments:

  1. tak perlu sngat dilayan budak budak tak cukup kati tu!...bnyak lagi masaalah rakyat yg perlu diutamakan...belajar tak habis dah nk jd tok guru...

    ReplyDelete
  2. Kasi cepat ler PTPTN keluar. Aku rasa berlari ler puak2 ni nk kuarkan duit. Rumah sewa tak bayar lg tu. Hutang motor belum bayar. Bil telefon dah tertunggak.Hehhee....aku tau sangat budak2 ni...Bukan semua tu anak orang kaya. Yang ramai berlagak kaya jer. Mak bapak kerja separuh nak mampus. Hehhee...tak sedar diri. Korang tau sebab apa....sebab aku dulu pun macam tu...sesak manjang..tp tak der ler buat keja bodoh camni.

    ReplyDelete
  3. Adam Adli: Serve you right..you deserved that treatment.If you are rude and arrogant,doing things without thinking,saying things without thinking,so you deserved a good punch from the people that you had hurt kiddo...you are just from a bunch of loser..

    ReplyDelete
  4. Kalu di fikir2kan mujurlah budak2 tu majoriti budak melayu, kalu bangsa asing agaknya....dah berlumba lumba telan gigi sendiri. Nasihat aku pd pelajar2 bodoh ni...lu org kutuk2 PM & Menteri, kutuk POLIS ikut sedap mulut lu org, kalu kt singapore la, wa rasa dah lama lu org kena lambung dgn cota polis sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua mau kutuk2 hentam2 hina polis tp lu orang semua apa2 jd pada diri lu orang keluarga lu orang yang membantu polis..korang hentam kerajaan tapi lu orang mau bantuan kerajaan lu orang pikir laa..

      Delete

comment please.....