Sunday, April 8, 2012

PEMIMPIN DIKTATOR CARA PEMBANGKANG!!! PECAT SERTA MERTA!!!

Zuraida jangan melampaui batas! Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin diingatkan supaya tidak bertindak melampaui batas dalam hal keahlian parti itu jika mahu 'rahsia besar' mengenai beliau tidak didedahkan kepada umum.

Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi berkata, beliau bersedia mendedahkan perkara itu dan jika dibongkarkan nanti, Zuraida mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Ampang. 

Katanya, Zuraida selama ini sebagai Ketua PKR Ampang sering memecat ahli jawatankuasa parti itu di peringkat cabang apabila tidak bersetuju dengan beliau atau menegur kepimpinan PKR. 

"Saya terima surat pemecatan (jawatan Ketua Penerangan PKR Ampang) saya itu yang bertarikh 2 April di rumah saya pukul 3 petang semalam yang ditandatangani oleh Zuraida dan ia berkuatkuasa serta-merta...!!!

Parti pembangkang yang satu ini sungguh berisiko untuk tumbang bila-bila masa jika masih ada pemimpin yang tidak dapat menerima teguran dari akar umbi sendiri. Maka mungkin PRU-13 ini adalah pilihanraya terakhir yang sempat diikuti oleh PKR sebelum terkubur buat selama-lamanya.

Zuraida yang memecat Mohd Isa, bekas Ketua Penerangan PKR Ampang berkuatkuasa serta merta, dilihat begitu bersungguh-sungguh menjaga tuan besarnya. Azmin yang dianggap tuhan oleh beliau kerana atas desakan Azmin supaya beliau memecat terus Ketua Penerangannya.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Perumpamaan yang ringkas kepada PKR. Tetapi yang lebih menghairankan JB adalah Zuraida turut membabitkan UMNO dalam hal desakan dari akar umbi nya sendiri. Dikatakannya Mohd Isa masih berhubung dengan pemimpin UMNO Ampang semasa dia sudah menjadi ahli PKR pada tahun 2010. JB nak tanya, tak bolehkah bekas ahli UMNO ini bertegur sapa dengan rakan karibnya dulu di dalam UMNO? Nak tanya lagi, berapa peratuskah ahli PKR Melayu yang dahulunya bukan ahli UMNO?

Pukulan maut kepada Zuraida daripada akar umbi PKR Ampang selepas ini. Kemungkinan besar akan menjadi benar desas desus yang mengatakan PKR Ampang akan lumpuh setiap rantingnya. Maka akan terkuburlah PKR di Bukit Belacan , Ampang. Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....