Tuesday, April 10, 2012

PANAS!! MASA DEPAN ORANG CINA DI MALAYSIA AKAN TERKUBUR BERSAMA PAKATAN!!!


Pilhanraya Kebangsaan 13 akan menjadi penentu masa depan masyarakat Cina di negara kita. Walaupun artikel ini memiliki unsur – unsur politik tetapi penulis lebih berminat untuk berbicara tentang realiti semasa dalam konteks hakikat sebenar.

Secara umunya kita mengetahui adalah amat mustahil untuk Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya dalam PR 13. Sebaik atau sejahatnya Umno mereka masih merupakan lawan yang paling kuat dalam realiti politik di Malaysia. Tidak mudah untuk menjatuhkan Umno dalam sekelip mata sahaja.


Keadaan ini termasuk di Sabah dan Sarawak dimana Barisan Nasional (BN) masih kebal di sana. Penulis berbicara tentang realiti sebenar. Segala yang dilaungkan oleh PR hanyalah strategi dan motivasi serta semangat politik semata-mata namun ahli politik dalam PR sendiri sedar masih mengambil masa yang amat lama untuk menembusi sokongan masyarakat di Sabah dan Sarawak walaupun penulis tidak pernah menafi hakikat kerusi di bandar akan sedikit demi sedikit jatuh kepada tangan PR.


Namun begitu , kerusi di kawasan pendalaman adalah berpuluh kali jauh lebih banyak berbanding dengan kerusi yang ada di bandar. Dalam mana-mana sistem demokrasi di dunia mereka yang memiliki lebih banyak kawasan walaupun hanya lebih daripada satu maka pihak tersebut adalah pemenang.

Penulis amat yakin jika MCA , Gerakan , MIC dan PPP kalah kesemua kerusi sekalipun BN tetap akan berkuasa disebabkan dengan bilangan kerusi yang dimiliki oleh Umno dan komponen parti BN di Sabah dan Sarawak. Sekirannya pembaca kurang yakin terhadap kenyataan saya maka tolak sahaja kesemua kerusi yang dimiliki oleh parti-parti yang saya sebut setelah MAC 2008 (MCA, Gerakan, MIC dan PPP) dan pembaca akan menyedari hakikat bahawa BN masih tetap berkuasa .


Faktor-faktor belum tiba masanya PR menawan Putrajaya

Pertama , faktor kebangkitan golongan muda bukanlah penentu kepada kemenangan PR 13 di tangan PR. Hal ini disebabkan lebih daripada 3 juta pemuda masih belum lagi mendaftarkan diri sebagai pengundi dan daripada bilangan yang mendaftarkan diri masih belum tentu mereka akan mengambil mengundi dalam pilihan raya.

Keadaan ini bermaksud pemuda yang menentang kerajaan di laman maya sekalipun tidak semestinya mereka akan mengundi. Analoginya ibaratkan jika pada hari kita suka pada seseorang si gadis tetapi adakah semestinya kita akan memikat si gadis tersebut? Keadaan ini masih belum lagi mengambil kira faktor peratus pengundi golongan dewasa dan tua adalah jauh lebih banyak berbanding dengan golongan muda.


Kedua, penulis tidak pernah menafikan PAS merupakan satu – satunya lawan yang mampu untuk berdepan dengan Umno dalam konteks sokongan undi Melayu. Cuma hakikat semasa adalah realiti di Malaysia kita sedar akan hakikat lebih ramai Melayu yang mengutamakan bangsa lebih daripada agama dan keadaan ini akan terus meletakkan Umno sebagai parti isteri pertama Melayu dan PAS pula isteri kedua walaupun penulis tidak pernah menafikan hakikat sekirannya diberi peluang maka masyarakat Melayu mahu kedua-duanya sekaligus tetapi keadaan ini amat sukar berlaku dalam realiti politik di Malaysia. Keadaan ini masih belum lagi mengambil kira faktor gaya hidup dan mentaliti masyarakat Melayu yang semakin jauh lebih terbuka.

Ketiga, PKR pula sebenarnya dalam realiti politik merupakan parti yang paling lemah dalam PR walaupun mereka memiliki bilangan kerusi terbanyak. Sekirannya ramalan penulis tidak silap maka penulis meramalkan bahawa dalam PR 13 PKR tidak akan lagi memiliki kerusi terbanyak dalam PR. Jika kita soal tentang realiti sebenar sekalipun kita perlu sedar bahawa tidak banyak beza antara PKR dengan Umno sekirannya kita melihat ramai pemimpin dan ahli dalam PKR pada hari adalah produk Umno dan keadaan ini sudah berkali-kali jelas menunjukkan terdapat banyak persamaan antara kedua- dua parti ini.

Yang bezanya sejahat-jahatnya Umno masih merupakan parti yang memiliki kekuatan jentera dan sistem yang amat kukuh berbanding dengan PKR. Dalam sesebuah parti politik yang kuat memerlukan falsafah politik di mana tangan di bawah yang mengangkat kepimpinan di atas ( bottom up politics ) dan bukannya tangan di atas yang menarik kepimpinan dari bawah ke atas (top bottom politics).

Kelemahan jentera PKR masih menjadi isu yang paling utama dalam sistem politik PR hari ini. Oleh itu apakah PKR merupakan lawan terbaik untuk berdepan dengan Umno? Penulis berani untuk membuat kesimpulan sekirannya pada hari ini PKR bermusuh dengan PAS atau DAP sekalipun mereka akan kalah hampir kesemua kerusi sekirannya bertandingan 1 lawan 1 dengan PAS atau DAP.

Keempat , kita berbicara tentang realiti politik dimana BN masih memiliki home advantage dalam padang bola yang sudah lama mereka kuasai. Jika PR hendak mengatakan BN rasuah maka bukankah keadaan ini dari segi politik hanya memberi kredit kepada BN sebagai pihak yang memiliki kekuataan sumber dan kewangan yang jauh lebih banyak daripada apa yang mereka kuat dalam 4 tahun ini?

Jika PR hendak mengatakan BN bermain kotor maka bukankah dalam konteks sebenar politik hanya memberi kelebihan kepada BN apabila pengadil berpihak kepada pasukan BN? Jika inilah serangan PR maka apakah yang ada dalam PR buat masa terdekat ini untuk menawan Putrajaya?

Kelima, kesemua faktor yang membangkitkan golombang tsunami politik Mac 2008 sudah terpatah tsunami tersebu. Oleh itu dengan hanya mengharapkan isu Lembu dan Lynas dan bercita-cita untuk menawan Putrajaya hanya akan tertinggal sebagai mimpi sahaja dan ingat Najib bukanlah Pak Lah yang PR depani pada pilihan raya lepas. Pilihan raya hanya akan diadakan setelah kedua-dua isu ini semakin hari semakin lembut. Realiti politik di Malaysia adalah tidak akan ada satu isu yang akan berlanjutan dengan lama kerana masyarakat Malaysia lumrahnya masyarakat hangat-hangat tahi ayam dan mudah bosan dengan isu yang sama.

Keenam , jika kita hendak mengambil beberapa siri pilihan raya kecil maka kesimpulan awal sudah boleh kita simpulkan bahawa sokongan Melayu dan India sudah semakin kembali kepada BN. Satu-satunya elemen dalam sejarah politik komuniti India di Malaysia yang mampu untuk menggugat sokongan India menentang BN adalah perjuangan Hindraf dan Hindraf kini bukan sahaja sudah berpecah malahan sudah tidak lagi mencengkam kekuasaan dan pengaruh mereka dalam komuniti India seperti mana berlaku sebelum Mac 2008.

Dalam konteks ini secara jujurnya mungkin politik wang dan kotor Najib untuk merealisasikan keadaan ini tetapi memandangkan penulis hendak menulis dari segi konteks realiti politik maka strategi politik tetap strategi politik tidak kira baik atau jahat. Namun begitu, secara jujurnya juga PR sendiri dalam banyak rentetan peristiwa telah membelakangi dan juga mengkhinati perjuangan Hindraf. Keadaan ibaratkan kacang lupakan kulit setelah Mac 2008 yang memberi peluang dan ruang yang lebih besar untuk lawan menawan hati mereka.

Ketujuh , kebangkitan laman maya hanya akan memberi kelebihan kepada PR dalam jangka masa panjang. Realiti di Malaysia majoriti belum lagi menggunakan Internet sebagai teman media mereka terutamanya golongan dewasa dan tua. Tambahan pula, kekuasaan laman maya hanyalah lebih tertumpu pada pasaran bandar sahaja buat masa ini. Banyak lagi kawasan yang tidak memiliki perkhidmatan internet. Biarlah jika PR hendak mengatakan BN masih menguasai media utama tetapi dari segi politik keadaan ini hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menyuntik kelebihan politik mereka.



Mengapa Cina berada dalam keadaan kritikal?

Realiti semasa menunjukkan masyarakat Cina berpegang teguh pada kekuasaan PR. Masalahnya kini pula apakah yang akan berlaku sekirannya dalam PR 13 tanpa sokongan Cina kepada BN dan seperti yang diramalkan BN akan terus memerintah? Pada ketika itu BN akan menghargai jasa golongan Melayu dan India yang membantu mereka dalam kemenangan mereka.

Masyarakat Cina dalam sistem dua parti pula akan dilabel sebagai pembangkang pada ketika itu dan apakah dalam sejarah Malaysia kita hendak melihat sesebuah kerajaan tanpa seorang Cina dalam kabinet dan kepimpinan tertinggi negara? Hal ini disebabkan MCA sudah jelas dan tegas dengan pendirian mereka sekirannya keputusan pilihan raya parti MCA lebih teruk berbanding Mac 2008 maka mereka tegas tidak akan menerima sebarang jawatan kabinet dalam kerajaan.

Apakah pada ketika itu masyarakat Cina hanya mahu wakil yang lantang memperjuangkan hak dan aspirasi mereka tetapi tidak lagi memiliki entiti untuk melaksanakan dan menyelesaikan masalah ini? Masyarakat Cina perlu sedar walaupun seliberal manapun Najib dan Najib sendiri juga akan berada dalam dilemma untuk berdepan dengan masyarakat Melayu dan India yang menyokong mereka sekirannya kerajaan terus menjaga hak dan kebajikan Cina.

Kita berbicara tentang realiti semasa dan kejujuran hakikat. Umno dalam sendiri akan menentang Najib sekirannya Najib terus menjaga kebajikan dan aspirasi Cina. Apatah lagi Najib perlu menghargai golongan Melayu dan India yang memberi kemenangan kepadanya. Realitinya masyarakat Cina akan terus kehilangan suara mereka dalam kerajaan sekirannya sebelum ini kalau yang didakwa suaranya adalah kurang tetapi apakah kurang itu lebih teruk daripada tiada?

Dalam PR sendiri pula masyarakat Cina akan berdepan dengan dilema apabila DAP sebelum ini dilihat sebagai parti yang mewakili suara masyarakat Cina dan keadaan bertambah parah apabila DAP dan Lim Guan Eng semakin berubah watak untuk menarik sokongan Melayu dan India. Maknanya fokus terhadap masyarakat Cina dalam DAP hanyalah sebanyak 60% sahaja secara umumnya.

Dalam PKR pula fokus kepada masyarakat Cina hanyalah sekitar 20-30% sahaja dan PAS sememangnya bukanlah sebuah parti yang boleh diharapkan oleh masyarakat Cina untuk memperjuangkan perjuangan dan aspirasi mereka walaupun PAS cuba sedaya upaya untuk membeli dan menawan hati masyarakat Cina.



Kesimpulan awal menunjukkan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran



Kita faham masyarakat Cina tidak mahu menyokong MCA, Gerakan dan BN kerana sudah lama tidak berpuas hati terhadap mereka dan kini mereka melihat peluang untuk meluahkan ketidakpuasan mereka. Cuma jika masyarakat Cina hendak menghukum MCA dan BN sekalipun mereka perlu sedar dan bijak mengikut keadaan realiti politik dan kini bukan masanya untuk mereka menghukum. Keadaan ini hanya akan memberi situasi kalah-kalah kepada semua masyarakat Cina.

Bagi saya adalah masyarakat Cina kalau benar pun tidak mahu menyokong BN langkah yang terbaik adalah kekal neutral buat masa ini dan jangan sesekali menyinggung mana – mana pihak dalam keadaan yang begitu kritikal. Namun kalau masyarakat Cina yang bijak pula berdasarkan kepada realiti politik semasa yang saya utarakan akan memberi sokongan kepada MCA supaya apabila BN mengekalkan kuasa mereka akan ada suara dan perwakilan Cina dalam kerajaan. Kita perlu tahu masyarakat Melayu sudah berpecah kedua 2 puak antara Umno dan PAS dan keadaan ini jauh lebih teruk berbanding pepecahan Cina antara MCA dan DAP.

Sekirannya masyarakat Cina memberi kuasa lebih MCA maka dalam keadaan Melayu berpecah kepada dulu maka MCA akan menjadi semakin berkuasa dalam kerajaan dan apatah lagi Najib , Umno dan BN sudah mempelajari kesilapan mereka daripada kesilapan lampau terhadap masyarakat Cina.

Mereka sudah diberi pengajaran dan kalau masyarakat Cina terus degil untuk mahu menghukum Najib , Umno dan BN dan berdepan dengan risiko amat tinggi apabila gagal untuk menjatuhkan mereka dan andai kata sahaja sekirannya mereka hendak mula menghukum masyarakat Cina pada ketika itu? Satu persoalan andaian.

Masyarakat Cina kini meletakkan mereka dalam posisi pertaruhan dan perjudian yang amat berisiko tinggi. Mereka akan berdepan dengan situasi “Realiti Politik Masyarakat Cina: Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran” sekirannya masih degil untuk membuat pilihan yang bijak mengikut situasi yang akan memberi kelebihan terbanyak kepada mereka

Oleh: Shen Yee Aun (http://1sya.com/?p=172)



2 comments:

  1. Masyarakat CINA haruslah kembali menyokong perjuangan UMNO/BN...

    ReplyDelete
  2. realiti politik , --bangsa cina selesa bersama PR---JAUHI TIPU DAYA UMGOK SEBAGAIMANA KAMU MENJAUHI TIPUDAYA SYAITAN

    ReplyDelete

comment please.....