Thursday, April 12, 2012

MASIH BERDIAM DIRI LAGIKAH KITA JIKA BANGSAT-BANGSAT INI MENGEJEK RAJA-RAJA MELAYU KITA???


11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV,Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.Untuk makluman semua,setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan.Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.

Seawal jam 6.30 pagi,pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya,TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya,suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.Di belakang saya,suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang,rupa-rupanya,ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali,Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin,Tian Chua Naib Presiden PKR,Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka.Nurul Izzah Anwar,Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka.YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong,mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata,“bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja,maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM.Saya boleh terima,kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.Menerusi TV plasma yang ditempatkan,mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah,mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan.Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.


Apabila Sultan Selangor masuk,Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata,“Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat,“i don’t care“.Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan,“Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan.Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan.Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita.Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka.Begitu menghormati protokol dan adat istiadat.Tetapi,pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti,bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu.Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja,sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri.Mujurlah selepas dari itu,majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian.Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya,kelihatan cukup tertib,berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya.Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.

Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.

Daulat Tuanku.

Oleh Dr Rahman Kadir

7 comments:

  1. memang dasar pembangkang kurang ajar..yg bangsa lain tu kita boleh paham memang diorang ni cukup benci ngan melayu tapi yang melayu pun turut sama kurang ajar..ini mmg dah melampau sgt..elok dihalau jer semua bangsat bangsat ni keluar dari Malaysia..dasar anak haram punya pembangkang yang bangang!!!!

    ReplyDelete
  2. PERKASA!!! please do something....this is the time to teach them a lesson .....

    ReplyDelete
  3. Jgn jemput lg binatang masuk istana..jakun..

    ReplyDelete
  4. perkasa is the biggest coward of all time

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah jika perlu dihapuskan..kita akan hapuskan...Allah Maha Besar...3x

    ReplyDelete
  6. JB,

    Kali ini saya hilang sabar dengan Ahli2 Parlimen Bangsat tu....mereka ni mmg binatang

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas kronologi Wak JB .... amat berguna dan seharusnya di sebarkan info ini ke seluruh rakyat Malaysia. Mmg sedih dan geram but these are people without any self respect? Kesian Mak Bapak dia org mendidik dia org utk menjadi manusia dari kecil lagi. Bila da besar, sikap dan perangai menjadi lebih buruk dari haiwan!

    ReplyDelete

comment please.....