Friday, April 6, 2012

KUASA DAN JAWATAN PUNCA CABANG PKR AMPANG BERANG PADA AZMIN!!!


WALAUPUN situasi ini agak jarang berlaku – ahli PKR sendiri mendesak pemimpin tertinggi berundur, kita janganlah dilalaikan kononnya demokrasi yang sebenar sudah wujud dalam PKR.  Kenyataan media semalam oleh beberapa ahli jawatankuasa PKR Ampang yang diketuai Ketua Penerangannya,  Mohd Isa Mohd Saidi sebenarnya adalah permulaan kepada perebutan kerusi mana yang patut ditandingi dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam kes Mohd Isa, beliau sedang mengintai kerusi Bukit Antarabangsa yang kini diduduki Azmin.

Justeru tidak hairan kenapa Mohd Isa berani mengambil kesempatan dari pelbagai dakwaan salahguna kuasa, pemilikan saham sehingga hubungan seks antara isteri Azmin dengan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu untuk mendesak Azmin menjelaskan situasi sebenar atau meletakkan jawatan!!

Mohd Isa tahu, inilah masa yang sesuai untuk pencalonan bagi kerusi Bukit Antarabangsa yang diidamkannya itu jatuh ke tangannya kerana maklumat menunjukkan dia telah mempromosikan dirinya sebagai bakal wakil rakyat di kawasan tersebut sejak beberapa tahun sudah.

Dengan PKR akan mengamalkan konsep satu calon untuk satu kerusi, Mohd Isa rasa dia berhak dan layak untuk bertanding disitu, tapi apabila Azmin dilantik mengetuai PKR Selangor (permulaan kepada meletakkan Azmin sebagai MB Selangor), kedudukkan Mohd Isa sudah mula tergugat.  Maka itu seperti yang diterangkan di atas, Mohd Isa mengambil kesempatan dari kekecohan yang berlaku sekarang untuk kepentingan dirinya dan segelintir ahli jawatankuasa Cabang Ampang yang telah diperalatkannya.

Kita semua perlu difahamkan, pertandingan kali ini berbeza dengan 2008.  Pada 2008, hanya segelintir sahaja yang menjangkakan BN akan kalah teruk,  hilang beberapa negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.  Tidak terkecuali pembangkang.  Sebab itu ntah siapa-siapa diangkat menjadi calon tapi akhirnya menang!

Pendek kata, dulu tak siapa hairan nak jadi calon pembangkang tapi sekarang berbunuhan pun sanggup, kalau diperlukanlah.

Jadi tidaklah mustahil untuk situasi yang tidak menyebelahi Azmin kali ini, digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam PKR sendiri untuk menjatuhkannya.  Penulis tidak hairan kalau apa yang dilakukan Cabang Ampang ini adalah satu kepada permulaan yang lebih besar.  Malah telah juga disebutkan semalam, beberapa cabang lain dalam negeri Selangor juga akan mendesak Azmin berbuat perkaran yang sama.

Azmin terlupa, dia tidak boleh selamanya menjadi ‘untouchable’ dalam PKR.  Dulu mungkinlah kerana kurang sangat orang yang nampak potensi PKR ini pada satu ketika akan berjaya juga membentuk kerajaan.  Tapi tsunami 2008 mengubah keadaan itu.  

Semut mana yang tidak tertarik kepada gula ya tak.

Penulis tahu, Azmin tidak mungkin tampil menjelaskan segala tuduhan yang telah dilemparkan kepada dia dan isterinya Shamsidar.  Ambil yang mudah cukup, saham.  Tak sampai 1 hari dia mencabar supaya bukti pemilikan sahamnya didedahkan, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari tampil dengan bukti tersebut.

Silap-silap, kalau dia mengulangi cabaran supaya Nalla atau Ummi mengemukakan bukti yang isterinya pernah melakukan zina dengan Anwar (dalam pengetahuannya), berkeping-keping gambar dan video akan ditunjukkan kedua Nalla dan Ummi untuk menyahut cabaran Azmin.

Kalau itu berlaku, apa pilihan yang Azmin ada?  Sudah tentu tidak ada pilihan lain, melainkan mengundurkan diri atau memujuk Anwar tampil dengan kenyataan yang sebenarnya tidak menjawab persoalan yang dikemukakan.

Dalam isu pemilikan saham ini pun, sehingga sekarang Azmin tidak berbunyi apa-apa, ini pulak lagi nak cakap soal zina isterinya dengan Anwar?

Jadi Mohd Isa sebenarnya mengambil tindakan yang betul dalam mendesak Azmin kerana Mohd Isa pun tahu Azmin tidak akan berbunyi apa-apa mengenai dakwaan zina Anwar dengan isterinya.  Soal saham itu mungkin, sebab dokumen boleh dinafikan ketulenan dan apa lain yang berkaitan sehingga memakan masa bertahun-tahun.

Lagipun apa masalah dapat saham?

Berbeza pula dengan tuduhan yang satu lagi.  Itu boleh menjadi persepsi yang besar yang bukan sahaja menjatuhkan imej dirinya, tapi keluarganya dan Anwar juga sebab bukti kepada perlakuan tersebut sudah menjelma menjadi seorang gadis dewasa kini.  Nak lari kemana?


No comments:

Post a Comment

comment please.....