Saturday, April 21, 2012

DAP SEMAKIN SIAL!!! EDAR RISALAH PUTAR BELIT AGAMA!!!

PULAU PINANG, 19 April – “Saya ingin bertanya, DAP mengedarkan risalah untuk memberi penerangan kepada rakyat negeri ini dengan kos yang tinggi menggunakan bajet dari mana? Adakah daripada parti DAP sendiri ataupun menggunakan wang kerajaan negeri? “Ini kerana penerangan yang diberikan melalui risalah tersebut adalah berkenaan parti politik dan ianya tidak boleh menggunakan wang kerajaan negeri,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO  Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ketika diminta mengulas mengenai isu pengedaran risalah oleh DAP yang kononnya untuk menjawab segala pertuduhan dan dakwaan terhadap pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. 

Menurut Zainal, sumber kewangan percetakan risalah tersebut haruslah dijelaskan kepada rakyat kerana sekiranya ianya menggunakan peruntukan kerajaan negeri, bermakna DAP telah mempergunakan wang rakyat bagi kepentingan politik mereka. Seharusnya, kata beliau kandungan risalah yang menggunakan wang kerajaan negeri haruslah berkenaan kerajaan negeri dan bukannya menerangkan apa yang telah dilakukan oleh parti DAP. 

Walau apapun jelas Zainal, tindakan DAP mengeluarkan belanja besar mengedar risalah kononnya mahu menjelaskan kebaikan yang telah dilakukan parti tersebut dilihat sebagai terdesak dan seakan DAP kini berada di dalam ketakutan akan kebangkitan rakyat yang mula sedar akan sikap pentadbiran kerajaan negeri yang tidak membela nasib rakyat. “Apa yang berlaku kini sebenarnya adalah berpunca daripada kealpaan parti itu sendiri yang rakus membina empayar tanpa mempedulikan nasib rakyat yang telah mengundi mereka sebelum ini. Harapan rakyat agar DAP mendahulukan mereka serta mengotakan janji yang dibuat semasa PRU lalu tidak ditunaikan. 

“Segalanya terus tergantung walaupun DAP telah mengambil alih pucuk pimpinan negeri selama empat tahun. Apa yang mereka tahu adalah terus menerus memburukan UMNO dan BN kononnya mereka jauh lebih baik sedangkan tiada apa yang dapat membuktikan bahawa mereka adalah lebih baik daripada UMNO dan BN,” jelasnya lagi. Tambah beliau lagi, DAP sebenarnya sudah semakin sedar dan dapat melihat bahawa rakyat sudah kembali bangkit dan yakin terhadap pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak. “Tranformasi yang dibawa Perdana Menteri telah memenangi hati rakyat dan inilah yang menggoyahkan pakatan pembangkang. Tambahan pula  PRU sudah semakin hampir. 

Masa untuk DAP menutup segala kelemahan dan kesilapan mereka sudah hampir tamat. “Mungkin mereka terus berjaya memenangi hati penyokong tegar mereka tetapi bagi pengundi lain termasuk yang di atas pagar, kebanyakannya sudah sedar dan kembali kepada UMNO dan BN. Inilah yang menggusarkan mereka,” ujarnya. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

comment please.....