Monday, April 16, 2012

ANGKARA KHIANAT! PUAK PAKATAN BAKAR 500 BENDERA BN!!

KL-Pos melaporkan awal pagi tadi 500 bendera BN telah dibakar oleh kumpulan individu yang tidak bertanggungjawab dan tergugat dengan kebanjiran bendera BN diseluruh pelusuk Shah Alam dan Selangor. Bendera BN yang disimpan di dalam stor di Pangsapuri PKNS, Seksyen 7, Shah Alam telah dibakar dan turut membabitkan dua buah motosikal yang diletakkan di luar stor terbabit.

Kebakaran yang disedari oleh penduduk seawal pukul 4 pagi tadi turut menyebabkan kerugian lebih kurang RM5000. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 9 pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

comment please.....