Wednesday, March 21, 2012

WAKIL DAP SELANGOR KURANG AJAR PADA HASAN ALI!


Bekas Pemimpin No. 1 PAS Selangor Datuk Hasan Ali (Gombak Setia-Bebas) hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat Bebas di dewan undangan negeri Selangor dengan membidas bekas rakan-rakan partinya semasa perbahasan titah diraja.

Sasaran pertama beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman (Meru-PAS), yang semalam menyelar Hasan kerana tidak hadir pada Majlis Santapan Diraja, semalam walhal Dr. Hasan telah memaklumkan berkaitan isu tersebut kepada pihak berkenaan.

Lantas beliau menyelar Abdul Rani kerana menyerang peribadinya dengan mengatakan bahawa bidasan ke atas beliau itu tidak mencerminkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang ADUN.
"Saya juga pernah jadi ahli parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?"

"Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco  (Selangor) selepas saya telah digugurkan"  

"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya," katanya sambil disambut dengan tepukan beberapa ADUN yang menyokongnya.

Berang dengan kata-kata Hasan itu, Abdul Rani sekali lagi mencelah dan menuntut Hasan menarik balik kata-katanya.

"Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi," katanya.

Hasan membalasi: "Apa masalah awak? Jumpa psikologi bukan perkara yang tidak baikbagi semua orang.”

1 comment:

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    KL POS memohon jasa baik pihak anda menyenaraikan laman kami ini di 'link blog' anda agar info KL POS dapat dikongsi bersama pengunjung blog anda.


    Berikut merupakan URL KL POS - http://klpos.com/


    KL POS telah linkkan blog menerusi paparan 'Senarai Blog dan Portal' menerusi KLIK pada Banner kami di bahagian posisi tengah Laman KL POS.

    Sekian, Terima Kasih


    "Paparan Info Politik menjangkaui sempadan ideologi."



    KL POS Media and Services

    http://klpos.com/

    ReplyDelete

comment please.....