Wednesday, March 14, 2012

TEMPE PANAS!! NOH SAMAN WAK CELENG SEKINCHAN!!


KUALA LUMPUR, 14 MAC : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu pihaknya sudah pun memfailkan saman berjumlah RM20 juta ringgit kepada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan enam individu dari akhbar Selangorkini kerana memfintah beliau bersabit isu insentif pertanian.

Saman difailkan 9 Mac lalu ekoran laporan Selangorkini pada 25 Disember tahun lalu yang memetik Ng sebagai berkata Noh telah melesapkan insentif pertanian berjumlah RM110 juta. 

Selangorkini adalah akhbar milik penuh kerajaan negeri Selangor.   

Sebelum ini, kehilangan wang insentif pertanian terbabit telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. 

Di bawah rancangan tersebut, para petani diberikan RM650 bagi setiap tambahan 1 tan hasil padi.

Ng bagaimanapun mendakwa para petani telah mengadu kepadanya bahawa mereka tidak memperoleh insentif setelah meningkatkan hasil padi.

Noh bagaimanapun sudah menjelaskan hal itu di Parlimen secara panjang lebar namun menyifatkan pembangkang sengaja memutarbelitkan fakta dan terus memfitnah beliau. -AntaraPos

No comments:

Post a Comment

comment please.....