Saturday, March 10, 2012

PRU 13 AMBIGA BAKAL NAIB PRESIDEN PAS??


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Mac - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendedahkan terdapat pihak tertentu dalam Pas yang cuba membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga untuk diangkat menjadi naib presiden parti itu.

Katanya, desas-desus itu semakin kencang selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi.

Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana Ambiga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta kumpulan 'Anwarinas' yang kini menguasai lebih 70 peratus parti Pas.

"Justeru saya meminta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberi penjelasan sama ada Ambiga bakal mengisi jawatan naib presiden melalui lantikan atau pemilihan. Jika dilantik apakah ia dibuat sebelum pilihan raya umum.

*****************************
Siapa Ambabiga ni sebenarnya yang Mat Sabu beriya-iya sokong sepenuh gerak kerja Ambabiga? Ini bukanlah berkenaan politik semata tetapi sudah mencampuri urusan agama Islam di mana 100% ahli PAS adalah umat Islam yang kononnya berpegang teguh kepada ajaran Islam. Tapi semenjak Mat Sabu menerajui Timb. Presiden PAS, bermacam-macam kecelaruan yang dibawa malah yang lebih teruk turut sama menyokong gerakan LGBT yang amat bertentangan dengan Islam. Tok Guru juga dilihat menyepikan diri jika ada yang tidak kena dengan rakan dalam pakatan sendiri kerana tidak mahu perpecahan dalam pakatan. Tetapi perpecahan dalam Islam tak mengapa. Itu wajib katanya. PAS semakin celaru. Kembalilah ke pangkal jalan wahai ahli PAS. Kami umat Islam masih sayangkan saudara-saudara kami. Fikirkan sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment

comment please.....