Wednesday, March 14, 2012

PKR AKUI GUNA PANDUAN ISRAEL DALAM PRU


SHAH ALAM - PKR menafikan dakwaan Umno bahawa pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya, agensi asing yang menerapkan 'kempen kebencian' untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan buku panduan yang digunakan oleh parti itu hanya menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, buku panduan yang diterbitkan oleh National Democratic Institute for International Affair (NDI) itu tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa Umno.

"Buku panduan tersebut menerangkan bagaimana untuk menghadapi pilihan raya dengan bebas dan adil bukannya 'kempen kebencian'.

"Malah, sekiranya wujud usaha menggulingkan kerajaan pun, rakyat sendiri boleh menilai sama ada mahu menyokong ataupun tidak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Umno bahawa PKR menggunakan buku panduan pilihan raya yang disediakan sebuah agensi asing untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

Nik Nazmi berkata, Umno tidak seharusnya memandang rendah keupayaan rakyat menilai baik dan buruk tindakan yang dilakukan oleh sesebuah parti.

“Adakah menjadi satu kesalahan, jika PKR menggunakan buku panduan dari luar negara yang bebas dan adil.

"Anda boleh menilai sendiri apabila membaca buku panduan ini kerana dari awal sehingga akhir kesemuanya tentang bagaimana menghadapi pilihan raya," katanya.-SH

No comments:

Post a Comment

comment please.....