Thursday, March 29, 2012

PENGUMUMAN PENTING!! MINTA PEMOHON BR1M SEMAK SEMULA PERMOHONAN.

Menyampaikan pesan salah seorang sahabat JB. 

Walaupun tempoh permohonan BR1M telah ditutup tetapi kepada mana-mana individu yang masih tidak mendapat surat jawapan dari LHDN, minta mereka datang ke mana-mana pejabat LHDN atau ICU untuk menyemak kembali borang permohonan samada yang permohonan asal atau pun rayuan.

Dikhabarkan ada lebih dari 60,000 surat maklum balas yang dikeluarkan oleh pihak BR1M kepada pemohon telah kembali semula kepada mereka. Ini bermakna, alamat tidak lengkap atau alamat, DUN, Parlimen adalah berlainan dari nama pemohon menyebabkan kesukaran abang posmen mencari rumah individu pemohon.

Setiap surat yang dikeluarkan ada menyatakan samada pemohon layak atau pun tidak. Mana-mana Pusat Khidmat Wakil Rakyat yang bertanggungjawab terhadap bantuan ini tolong individu yang terbabit khususnya orang-orang kampung dan warga emas yang tidak mendapat maklumat ini.

Tarikh tutup untuk rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia adalah pada 30Mac2012 bersamaan Jumaat ini. Jadi diminta jasa baik tuan-tuan dan puan-puan menghebah-hebahkan makluman ini kepada semua. 

Segala pertanyaan boleh rujuk kepada Pejabat Khidmat Wakil Rakyat, Pejabat ICU, Pejabat LHDN seluruh negara. Kita takut ada yang tercicir dan mula hendak salahkan kerajaan. 

1 comment:

  1. lEtih la UMNo BN ni..sebagai ahli umno rasa malu sgt...........yg besar2 semua melayu tapi mcm lembu kat NFC....BR1M semua bagi untuk org yg tak mengundi BN..india cina byk dapat............yg dapat pulak kawasan yg BN tak menang..........Kawasan yg BN menang jgn harap...fakir mcm mana pun dia tak bg...........tu sebab selangor yg maju leh dpt sebb BN kalah............itu la bodohnya umno...yg sokong dia tak nak tolong.............UMNO Bn memerintah cina untung..cina memerintah cina yg untung......sekarang baru nak buat baik...nasib mintak tak naik.........ada menteri melayu tak jadi apa..ada majlis ulama tak jadi apa...nak komen pasal raja lagi la .............melayu melayu...............

    ReplyDelete

comment please.....