Tuesday, March 6, 2012

PAS RABAK!! PAS KEDAH SEMAKIN BINASA!!!

Kemelut dalam PAS Kedah nampaknya sudah tidak dapat diselindungkan lagi. Jika dahulu kita masih berteka teki dengan kejadian apa yang akan muncul tapi sekarang kita sudah terang dan jelas dengan tindak tanduk MB Kedah Azizan yang nampak gayanya tidak disenangi oleh dua exconya.

Bukanlah hendak menidakkan kejujuran Azizan tetapi atas kejujuran itu jugalah menjadi penghalang bagi beliau untuk terus memegang pucuk pimpinan PAS negeri. JawaBernam yakin selepas ini akan ada lagi agenda-agenda untuk menjatuhkan Azizan dari kerusi MB Kedah. Dan yang utam bukan sahaja dari dalam parti tapi orang dalam pakatan sendiri akan cuba sedaya upaya menggulingkan Azizan dari memerintah Kedah.

Dengan pergolakan yang terjadi di Kedah sehingga perlu campur tangan PAS pusat, JawaBernam melihat ada satu fenomena yang semakin sama dengan BN. PEMANDU. Ya, PEMANDU. Dulu BN dihentam teruk oleh Pakatan Haram kerana adanya PEMANDU yang memantau setiap kerja pemimpin atasan. Tapi sekarang mereka juga telah terikut rentak BN. Nampaknya BN lagi advance kehadapan lebih dari PR.

Dan jangan lupa ada juga yang akan bertepuk tangan jika Azizan digulingkan. DAP. DAP dan GERAKAN Kedah sebenarnya tidak senang dengan kepimpinan PAS Kedah di bawah Azizan yang dilihat lebih mengutamakan orang UMNO dari orang mereka sendiri. Kes peruntuhan kandang BABI di Kedah, kuota bumiputra dalam pemilikan aset amat merisaukan golongan rasis ini. Kerana mereka tidak mendapat apa-apa manfaat dibawah pimpinan PAS Kedah. 

Kita dapat lihat sekarang MB Kedah juga sudah boleh diatur dan menjadi boneka untuk DAP. Keadaan ini hampir sama dengan MB Selangor yang mana, walaupun dia MB Selangor tetapi dia tiada kuasa untuk membuat keputusan untuk negeri pimpinannya sendiri. Fikirkan..

No comments:

Post a Comment

comment please.....