Tuesday, March 20, 2012

KESATUAN MELAYU-ISLAM MENJELANG PRU13!! SELAMATKAN SEBELUM PARAH!!!


Apabila kita berkata tentang kesatuan melayu yang kita idamkan selama ini, rupanya ada juga beberapa pemimpin melayu itu tidak kira dari parti mana pun begitu tidak menyukai tentang perpaduan melayu itu sendiri. Mungkin takut pangkat atau jawatan dalam parti itu hilang atau terlepas projek atau tender-tender besar dari kerajaan memerintah. 

Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO begitu kuat diperkatakan sejak kebelakangan ini, namun ada perkara yang amat merisaukan pemimpin dari kedua-dua parti Melayu terbesar ini. Lebih-lebih lagi dengan pemecatan Hasan Ali sekaligus melihatkan kebangkitan kuasa ketiga terbesar dibawah pengaruh kuat Hasan Ali. Dengan mengambil teras Islam, Melayu dan Raja, maka JATI ditubuhkan untuk mempertahankan ketiga-tiga perkara terbabit.

Tetapi sedarkah orang Melayu tentang Islam, Melayu, Raja? UMNO telah lama menerapkan inisiatif ini cuma kuatnya UMNO adalah menggunakan agenda Melayu dan Raja Melayu. PAS juga telah dari awal menggunakan matlamat ini semenjak keluar dari Barisan Nasional cumanya mereka membuat kelainan dengan menerapkan unsur Islam dalam parti PAS agar dapat menarik ramai rakyat Malaysia supaya menyokong mereka kerana umum mengetahui yang 65% rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Dan tanpa sedar, JATI di bawah pimpinan Hasan Ali juga menggunakan konsep yang sama malah ia merangkumi kedua-dua matlamat UMNO dan PAS iaitu Islam, Melayu dan Raja Melayu yang wajib dipertahankan.

Kenapa kita tidak boleh bersatu? Kenapa perlu UMNO atau PAS perlu berbalah demi mendapat undi orang Islam dan Melayu? Walhal kedua-dua parti ini ada tujuan yang sama. Inilah masalah yang timbul jika matlamat menghalalkan cara. Demi kuasa juga harta, mereka ini sanggup berbalah dan demi menjadi parti yang kuat, mereka-meraka ini sanggup mengenepikan perpaduan ummah yang amat dituntut dalam Islam.

Hasan Ali, Haron Din, Hadi Awang, Nasharuddin telah pun berbincang dengan PM DS Najib Tun Razak berkenaan kerajaan perpaduan UMNO/BN-PAS. Namun dek kerana ada parasit-parasit Anwar yang masih menghinggap di dalam PAS, maka hasrat ini terus sepi dan terkubur. 

Perlantikan golongan yang dikatakan profesional dalam PAS menjadikan parti Islam ini kucar kacir. Golongan ulama' yang telah lama di dalam PAS mula bersikap dingin kerana pimpinan tertinggi PAS sudah tidak ada dari golongan ulama' dan segala dasar PAS telah pun berubah sama sekali akibat digubal oleh ahli dari kumpulan anwarisma ini. Mereka sudah terperangkap dengan permainan Anwar. Anwar telah berjaya menguasai PAS. Apa lagi yang boleh PAS banggakan tentang perjuangan untuk mewujudkan negara Islam di Malaysia. Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....