Sunday, March 11, 2012

JANJI PAKATAN RAKYAT VS JANJI BARISAN NASIONAL. MANA LEBIH RASIONAL?

Sudah hampir 4 tahun kerajaan pakatan Selangor di bawah Khalid Gagap memerintah. Dan selama 4 tahun itu jugalah berbagai kes-kes yang tidak pernah kita fikirkan berlaku di Selangor. Dari kes sekecil-kecil alam hinggalah kepada kes murtad dan yang lebih parah kes pemecatan Hasan Ali dari kerajaan pakatan. Ini baru demokrasi kata totok-totok fuckatan.

Janji pakatan sebelum pilihanraya. Memang banyak janji yang ditabur sebelum menang. Bak kata orang, cakap memang senang nak buat tu yang payah. Ternyata bidalan itu mengena tepat pada batang hidung pakatan Selangor. Isu arak, azan, murtad, rumah urut, judi, pasir, sampah, tulisan jawi, rasuah, penyelewangan, PKNS, Yayasan Selangor, YBK, dan seribu satu  masalah lain yang mula timbul dek kerana ketidakcekapan pakatan rakyat dalam mentadbir negeri. Itu baru negeri belum negara lagi. Jahanam.

Kita boleh bandingkan dengan janji kerajaan BN untuk seluruh rakyat Malaysia, di ulang, seluruh rakyat Malaysia bukan rakyat sesetengah negeri sahaja.

Pejam mata pun rakyat Malaysia boleh menilai yang mana permata yang mana kaca. Pada bajet 2012 yang lalu PM telah menggariskan beberapa janji kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan parti. Semua samarata samarasa. Semua dapat. Bagi tau JawaBernam apa lagi janji PM yang tak tertunai berpandukan gambar di atas? ada? ada? Fikirkan.

2 comments:

  1. lu ni bodo la admin..
    da pegang selangor xkan nak bg air percuma dekat perak plak..sengal ubi..ckp mcm ngn spender je lu ni..
    ptut la blogger umngok ni tkut dengan hudud..dorg taw dorg org pertama yg akan kne hukum sbb byk sgt fitnah..

    ReplyDelete
  2. terima kasih...
    cuba bace btol2..
    saya tulis kat situ pr untuk selangor..bn untuk malaysia..
    kalao untuk selangor pun pr tak boleh nak tunaikan apatah lagi untuk malaysia kan? ada hati nak terajui malaysia? setel dulu masalah selangor...

    ReplyDelete

comment please.....